Wednesday, October 8, 2014

Pokok MATI Sebab TERIAKAN KUTUKAN dan HINAAN



Tentu pelik mendengar pokok mati sebab kutukan dan hinaan tapi itulah sebenarnya yang berlaku. Amalan ini dibuat oleh penduduk Kepulauan Solomon. Kepulauan Solomon terletak di Negara Melanesia yang terletak di timur Papua New Guinea dan ianya terdiri dari 990 buah pulau dengan keluasan tanah sebesar 28,400 km persegi. Ibu negeri bagi Melanesia adalah Honiara. Ianya dikatakan telah didiamin sejak 30,00 tahun dahulu dan menjadi negeri di bawak United Kingdom. Perang Dunia Ke-2 berlaku disini dan negera ini mula ditadbir sendiri oleh mereka pada 1976 dan kemerdekaan pada 2 tahun kemudian. Negara ini masih lagi menjadi anggota Kerajaan Komanwel.


Untuk menebang pokok, rakyat Pulau Solomon, mereka tidak menebang pohon pohon di hutan menggunakan perkakas gergaji atau kapak, melainkan dengan teriakan. Mereka mengelilingi suatu pohon, kemudian mereriakinya dengan kata-kata kasar, hinaan, dan merendahkan, lalu berganti ke pohon yang lain dan melakukan hal yang sama. Sekitar 40 hari kemudian, pohon-pohon tersebut layu, kering, tumbang, dan akhirnya mati.


Teriakan yang dilakukan oleh rakyat Pulau Solomon membawa suatu tenaga negatif yang membuat pokok-pokok ini mati. Hal sebaliknya akan terjadi jika pohon tersebut dipancarkan tenaga postif berupa kata-kata halus dan semangat. Ertinya, tanaman yang tidak memiliki akal, otak, ataupun reseptor saraf terutama pendengaran, dapat merasakan tenaga yang dipancarkan padanya. Tenga tersebut berpengaruh besar terhadap pertumbuhan dan perkembangan. Jika tanaman dapat merasakan hal demikian, bagaimana dengan manusia yang jelas mempunyai akal, otak, serta indera pendengaran?

Apakah pengajaran di sini??? 
Ingatlah, setiap kali Anda berteriak, memekik pada seseorang kerana merasa jengkel, marah, terhina, terluka ingatlah dengan apa yang diajarkan oleh penduduk kepulauan Solomon ini. Mereka mengajari kita bahawa setiap kali kita mulai berteriak, kita mulai mematikan roh orang yang kita cintai. Kita juga mematikan roh yang mempertautkan hubungan kita. Teriakan-teriakan, yang kita keluarkan kerana emosi-emosi kita, perlahan -lahan pada akhirnya akan membunuh roh yang telah melekatkan hubungan dengan kita.

Dalam kehidupan sehari-hari. Teriakan, hanya di berikan tatkala kita bicara dengan orang yang jauh jaraknya, benar?
Nah, mengapa orang yang marah dan emosi mengunakan teriakan-teriakan padahal jarak mereka dekat bahkan hanya bisa dihitung dalam centimeter. Mudah menjelaskannya.

Pada realitinya, meskipun secara fisik dekat tapi sebenarnya hati begitu jauh. Itulah sebabnya mereka harus saling berteriak! Selain itu, dengan berteriak, tanpa sedar mereka pun mulai berusaha melukai serta mematikan roh orang yang dimarahi kerana perasaan-perasaan dendam, benci atau kemarahan yang dimiliki. Kita berteriak kerana kita ingin melukai, kita ingin membalas.

Jadi mulai sekarang Jika tetap ingin roh pada orang yang anda sayangi tetap tumbuh, berkembang dan tidak mati, janganlah menggunakan teriakan-teriakan.

Hal yang sama dalam membentuk dan mendidik anak maupun bagi mereka yang bergelar pendidik, anak murid mereka. Mungkin selama ini tanpa sedar kita mungkin telah ”MEMBUNUH” roh dan semangat anak kita, baik anak kita sendiri maupun anak didik kita, dengan cara yang hampir sama dengan cara orang Solomon: membentak keras saat anak melakukan kesalahan, mengucapkan kata-kata kasar, dan memberi stigma buruk dengan kata bodoh, nista, malas, dan sebagainya. Maka jadilah anak-anak tadi seorang yang benar-benar bodoh, ceroboh, malas, dan lain-lain sebagaimana kita ucapkan.
Berhati-hatilah! Sebab rasanya tidak mungkin kita berniat ”MEMBUNUH” anak kita atau murid kita. Kita ingin mereka berkembang menjadi manusia dewasa yang mandiri, terampil, berkepribadian luhur, dan memiliki tanggung jawab.

Pengajaran UTAMA

Ingat, setiap perkataan yang keluar dalam kata-kata adalah doa. Dan doa pula adalah permintaan jadi, sebab itulah kata-kata yang baik perlu senantiasa keluar dari mulut mahupun hati. Imam Ali Radhiallhu’anhu berkata:”Hati yang jahat terletak pada mulutnya, dan mulut yang baik, terletak pada hatinya”.

Wednesday, July 16, 2014

Tanda 100 Hari Sebelum Mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendainya. walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru sahaja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan alaman dan usuran yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. adapun malaikat maut ini wajahnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah yang akan dicabutnya.

Tanda 7 Hari Sebelum Mati

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 Hari Sebelum Mati 

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita aiaitu diantara dahi kanan dan kiri, Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang hendak memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 

Tanda 1 Hari Sebelum Mati

Akan berlaku sesudah Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sbelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Semoga kita mendapat manfaat dari 100 hari tanda sebelum mati. Ayuh perbanyakkan amalan sebagai persiapan kita.


Sumber: http://budaxxperasangoergus.blogspot.com/2012_09_14_archive.html

Tuesday, July 8, 2014

Perbezaan Perfume Original dan Perfume Dubai

Seringkali kita membeli perfume tanpa tahu pun jenis perfume tu. Melainkan kita bertanya. Namun tahukah anda bahawa, perfume pun ada jenis-jenis nya? Di sini saya membawakan perbezaan antara perfume ORI / perfume Dubai / perfume ORI Reject.



Perfume Dubai
  • Kotak, botol dan cara pembungkusan luar dan dalamperfume Dubai adalah sama 100% seperti perfume Original. Tetapi yang paling bestnya perfume Dubai 100% sama seperti bau perfume Original tetapi ketahananya sahaja kurang.
  • Pati Perfume Dubai adalah dari negara asalnya. Cuma patinya dikurangkan. Oleh sebab itulah perfume Dubai kurang ketahanan, tetapi baunya masih lagi tahan dalam 4-8 jam.
  • Ada yang menyatakan ketahanan perfume Dubaikurang dari 4 jam. Kami tidak menafikanya kerana bau perfume bergantung kepada beberapa faktor penting antaranya, suhu badan, persekitaran, cara hidup kita, dan cuaca. Secara logiknya perfume yang sama tetapi dipakai oleh 2 individu berbeza pastinya ketahanan juga berbeza.
  • Bagi yang bekerja dalam persekitaran panas, pastinya perfume Dubai kurang sesuai untuk anda. Tetapi bagi yang bekerja didalam air-cond, perfume Dubai amat sesuai bukan tahan lama malah lebih menjimatkan.
  • Seperti yang saya nyatakan tadi, anda perlu berhati-hati sekiranya ingin membeli perfume bukan apa takut ada sesetengah seller declare perfume mereka Original atau Original Reject tetapi sebenarnya perfume jualan mereka adalah perfume Dubai grade AAA.
  • Perfume Dubai amat sesuai bagi mereka yang suka mengumpul botol perfume, sering bertukar-tukar perfume, sering menyembur perfume dalam kuantiti yang banyak dan yang ingin menjimatkan kos, perfume Dubai amat sesuai untuk anda.

PERFUME ORIGINAL / PERFUME ORIGINAL REJECT
  • 100% kandungannnya original dan tahan lama.
  • Reject perfume biasanya disebabkan 3 faktor ( botol yg direject kerana calar atau rosak tulisannya, kotaknya direject dan kandungan kurang elok)
  • Ia direject semasa dihasilkan (production), semasa penghantaran dan semasa ia di periksa (QC)di kedai2.
  • Biasanya reject perfume dijual lebih murah dari yang dipasaran (20%-40%) 5) Tiada kotak akan diberikan akan digantikan dgn pouch kain baldu. 7) Perfume original / original reject amat sesuai bagi mereka yang mempunyai lebihan kewangan, mahu perfume yang tahan lebih lama, tidak suka bertukar-tukar perfume (stick pada perfume pilihan mereka) perfume original dan original reject amat sesuai untuk anda.

Tuesday, June 17, 2014

Jangan Sebut "Nauzubillah"

Nauzubillahiminzalik VS 
Nauzubillah

Seringkali kita mendengar sesetengah orang dari kita menyebut "Nauzubillah". Tapi tahukah kita maksudnya? "Nauzubillah" tu bermaksud “Moga Dijauhkan Daripada Allah”. Kalau kita asyik sebut Nauzubillah, takut nanti termakbul permintaan kita tu, terus kita hilang hidayah dan rahmat daripada Allah disebabkan kata - kata kita tersebut. Jadi, jika nak sebut, sebutlah "Nauzubillahiminzalik" yang membawa maksud “Moga dijauhkan daripada Allah daripada perkara tersebut”.

Moga kita semua mendapat manfaat dan memperaktikkan dengan cara yang betul. Jadi, jangan silap sebut dah tau lain kali. :)

Wednesday, May 28, 2014

Alih Bahasa Yang Membawa Malapetaka

Sesetengah orang tidak memandang penting belajar bahasa asing, sehinggalah kesilapan mengalih bahasa membawa kepada MALAPETAKA. Ni dah kes SERIUS, bukan begitu? Cuba tengok di bawah ini:

# 1



# 2 

# 3 

# 4 

# 5 

# 6 

# 7 

# 8 

# 9 

# 10 


Sumber: ews.distractify.com/fun/fails/more-translation-fails/

MUDARAT Mandi Pada Waktu Yang DILARANG


Adakah ANDA suka mandi malam? Atau semasa Maghrib? Ini kerana ramai antara kita yang balik kerja lewat dan mandi pun lewat. Namun perlu diingat, terdapat mudarat jika mandi pada waktu tertentu yang dilarang. Sesungguhnya, larangan ini ada kebaikannya jika kita berfikir. Sila lihat dibawah, apakah waktu larangan tersebut.

WAKTU YANG DILARANG MANDI :

A. 30 Minit Setelah Solat Asar.
B. Setelah Maghrib.
C. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam.


Penjelasan :

A. 30 minit setelah solat Asar itu adalah waktu dimana darah di dalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.


B. Jantung kita setelah Maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.


C. Setelah solat Isya, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.


Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.


Semoga kita mengambil iktibar dan post ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Thursday, April 24, 2014

Kisah Benar Kubur Bercahaya Semasa Kebumi

Kisah ini berlaku di Perak yang mana arwah telah kembali kepada Pencipta pada 20.4.2014 jam 8.52am (Ahad). Moga kita mengambil iktibar dari peristiwa ini dan membaiki amalan kita. 
ADZLIN LIN HALIMI

Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi (Haslinatul Adzlin) dikebumikan di Batu 8, Changkat Jering, Taiping selepas Asar. Allahyarhamah dari Ipoh, Perak dan meninggal di Hospital KL pada 20.4.2014 jam 8.52am (Ahad) kerana menghidap kanser payudara dan merebak ke tulang sum-sum serta hatinya.

Merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anaknya iaitu Aina Sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil. Subhanallah. Satu keajaiban telah berlaku di Tanah Perkuburan Changkat Jering apabila kubur seorang jenazah wanita yang hendak dikebumikan dikatakan telah bercahaya.

KUBUR IBU TUNGGAL, ADZLIN LIN HALIMI BERCAHAYA

Sepanjang hayatnya, arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir LAAILLAH HAILLALLAH selama hampir 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah ke akhir nafasnya yang berhenti perlahan-lahan.
KISAH BENAR KUBUR ADZLIN LIN HALIMI BERCAHAYA

KISAH BENAR KUBUR ADZLIN LIN HALIMI BERCAHAYA

KISAH BENAR KUBUR ADZLIN LIN HALIMI BERCAHAYA

KISAH BENAR KUBUR ADZLIN LIN HALIMI BERCAHAYA

Marilah sedekahkan al-fatihah buat Allahyarhamah Puan Adzlin. Al-fatihah.

Sumber: Daily Traffic Report (FB Page)

Wednesday, April 23, 2014

Kisah Haiwan dan Tumbuh Berzikir Pada Allah SWT

Semua makhluk baik haiwan dan tumbuh-tumbuhan sentiasa bertasbih kepada Allah SWT tanpa henti. Semua makhluk Allah berzikir dan bertasbih (subhanallah) mengingatiNya.
Al-Israa [44] Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.
Semut dan katak juga berzikir kepada Allah. Dari Ibn Abbas bahawa nabi SAW telah melarang daripada membunuh 4 jenis binatang: semut, lebah, belatuk dan nuri.
Kisah Nabi Daud
Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami (sambil Kami berfirman): Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud dan wahai burung-burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya)! Dan juga telah melembutkan besi baginya; (Saba:10) 
Nabi Daud diberikan suara yang hebat oleh Allah s.w.t. apabila baginda berzikir bergemalah suaranya yang diikuti oleh gunung-ganang. Satu ketika baginda merasa ujub (hebat) dengan banyaknya jenis zikir yang mampu dilafazkannya. Lalu Allah s.w.t. mengutuskan malaikat Jibril yang memberitahunya “Allah menyuruh kamu mendengar katak berzikir”. Tercengang Nabi Daud setelah mendengar perkataan zikir katak itu, lalu baginda menyesal dan merasakan bahawa zikir katak itu lebih hebat daripada zikirnya.
Diriwayatkan oleh Imam Baihaqi daripada Sayyidina Anas daripada Sayyidina Malik sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda “ Sesungguhnya Nabi Daud A.S telah menyangka pada dirinya sendiri bahawa tidak ada seorang pun dari mahluk Allah yang bertasbih melebihi tasbihnya, Maka Allah menurunkan seorang malaikat di mihraba Nabi Daud a.s. kemudian Malaikat itu berkata “ Wahai Daud fahamilah apa yang disuarakan oleh katak, dengarkanlah suaranya sesungguhnya katak tersebut mengucapkan YA MUSABBIHA BI KULLI LISANIN WA YA MADZKURA BI KULLI MAKANIN SUBHANAKA WA BI HAMDIKA SUBHANAL MALIKIL QUDDUS WA MUNTAHA ILMUKA ( Wahai zat yang disucikan oleh tiap-tiap lisan wahai zat yang diucapkan di tiap-tiap tempat maha suci engkau ya Allah, maha suci dengan segala pujimu ya Allah, Maha suci Allah yang maha memiliki segenap kesucian dan ilmu engkau ya Allah yang tiada akhirnya).
Zikir katak jugalah yang membesarkan bumi ini dengan izin Allah s.w.t. Setelah Allah s.w.t. menciptakan bumi ini daripada air yang dibekukan di atas air hingga terbentuklah tanah, kemudian dia menciptakan katak. Lalu katak ini berzikir sehingga permukaan bumi yang kecil ini dibesarkan oleh Allah.
Dalam hadis turut disebut bahawa binatang yang tidak bertasbih memuji Allah akan menjadi buruan manusia, manakala pokok yang tidak bertasbih akan menjadi kering.
Wallahu a’lam.
Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud a.s. sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.

Lalu Nabi Daud a.s. berkata pada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah s.w.t. dengan ulat ini?” Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah s.w.t. pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud a.s. “Wahai Nabi Allah! Allah s.w.t. telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar‘ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah s.w.t.mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim‘ setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud a.s. “Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?” Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah s.w.t. maka Nabi Daud a.s. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah s.w.t. Begitulah sikap para Nabi a.s.apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah s.w.t.
Marilah kita sama-sama memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT dan malu dengan makhluk Allah SWT lain sebab kita ni walau diberi serba lengkap masih leka dan lalai kepadaNya tapi makluk lain seperti tumbuhan dan haiwan malah batu tak putus berzikir kepadaNya. Walaupun kita tidak mendengar sebutan zikir oleh makhluk lain, bukan bermakna kita boleh menidakkan amalan berzikir ini. Moga kita mendapat rahmat dan hidayah dari ucapan zikir kita. Amin!

Tuesday, April 22, 2014

Risiko MATI Tidur Bawah Kipas Yang Orang Tak Sedar


Apabila musim panas, ramai di antara kita gemar tidur dengan menghadap kipas angin yang dihidupkan. Sebenarnya, perkara ini mengundang bahaya kepada diri sendiri. Sebagai contoh cubalah bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Anda mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin.

Angin kencang dari kipas angin tak kira lah kipas dinding ka, lantai ka atau gantung, apabila diarahkan ke muka kita pun akan menyebabkan fenomena yang sama. Kerana aliran udara ini sangat kencang, kita tak boleh menghirup oksigen yang kita perlukan sehingga akan timbul gejala sukar bernafas. Lebih parah lagi kalau kita tidur menggunakan kipas angin yang arah anginnya menghadap ke wajah kita di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup, kerana suhu tubuh kita akan menurun.

Pada dasarnya, waktu tidur suhu tubuh kita akan menurun perlahan-lahan. Angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita akan menurun perlahan-lahan. Jadi, angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita menjadi lambat, serta tekanan darah kita pun menurun. Fenomena ini sama seperti ketika kita masuk ke air sejuk untuk tempoh yang lama, yang boleh menyebabkan jantung kita tidak boleh bekerja dan fungsi pernafasan kita lemah, dan akhirnya boleh menyebabkan KEMATIAN.

Dengan kata lain, kalau kita tidur di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup dengan kipas angin terbuka, lalu kipas anginnya menghadap tepat ke wajah kita, boleh mengakibatkan kematian kerana hal itu membuat kita sukar bernafas, kekurangan oksigen, serta membuat suhu tubuh kita menurun.

Maka, berhati-hatilah. Jangan tido tepat di bawah kipas, hargailah nyawa anda.

Sunday, April 20, 2014

Kau Terlalu Istimewa Buat Diriku

Pastinya dalam diri kita, kita akan terkenangkan seseorang yang begitu istimewa dan penting buat kita. Namun orang itu telah kembali kepada Pencipta Yang Esa. Adakalanya bibir tak terucap betapa pentingnya seseorang itu buat kita tapi apabila sudah tiada, baru kita menyedari. Sesungguhnya, DIA juga punya perancangan buat hambaNya. Kita perlu tabah jalani hidup ini sehinggalah tiba masa kita kembali menghadap Pencipta kita. Ingat, kita akan meninggalkan dunia yang fana ini dan ke alam yang kekal abadi. Walau jasad sudah bersemadi, kenangan bersama akan kekal di hati selamanya bagi insan yang mengenali. 

Takala itu saya teringat lagu nyayian Adibah Noor ~ Terlalu Istimewa. Sungguh mendalam lirik lagunya ditambah dengan paduan suara Adibah yang power, lagi sedap lagu ini. 

Adibah Noor ~ Terlalu Istimewa





Lirik lagu:


Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu

Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia

Tak tertanggung rindu
Mendengar suaramu
Tawa mengusik jiwa


Janganlah kita lupa menghadiahkan al-fatihah buat mereka yang telah pergi kerana bila berbuat demikian, kita bukan saja mendapat pahala atas hadiah itu tapi kita akan terasa terubat kesedihan dan kerinduan kita buat yang tersayang. Moga kita berjumpa dan bersatu di syurgaNya kelak.

Cara Mudah Kempiskan Perut Boroi

Pasti ramai bertanya maupun tertekan dengan perut boroi. Masalah perut boroi dialami oleh semua orang baik lelaki maupun perempuan. Malah sesetengah orang mencuba pelbagai jamu masih lagi sama. Sebab perut yang boroi ni, maka saham pun menjunam sampaikan tak tahu junam tu sampai ke level berapa. Hehe. Di sini, saya berkongsi cara mudah untuk kempiskan perut tu sekaligus menaikkan semula keyakinan kendiri.

Gerak Senaman Kempiskan Perut Paling Mudah

Gerak senaman yang sangat mudah namun memberi hasil yang memuaskan jika rajin untuk selalu melakukannya. Satu pilihan gerak senaman yang sesuai bagi yang kekurangan masa untuk berjogging dan bersenam di gimnasium, memandangkan gerak senaman mudah untuk kempiskan perut ini boleh dilakukan di mana sahaja kerana tidak memerlukan ruang yang besar.



Langkah-langkah:


  1. Baring di atas lantai dengan kedua-dua belah tangan rapat ke sisi, kaki dilipat dan dinaikkan sedikit kira-kira 30 sentimeter dari lantai (lihat gambar).
  2. Tarik nafas perlahan-lahan dan pada masa yang sama rapatkan kedua-dua belah lutut ke dada.
  3. Kemudian, luruskan kembali kedua-dua belah kaki (sepertimana pada kedudukan awal) sambil menghembuskan nafas.
  4. Cuba rasai pergerakan otot terutama di bahagian perut ketika melakukan gerak senaman ini.
  5. Lakukan secara berulang-ulang kali sebanyak 5 hingga 10 kali. Berehat sebentar dan kemudian ulangi semula sehingga 3 pusingan.


Selamat mencuba. Untuk kesan yang berterusan dan kempis dalam masa cepat, kenalah buat secara kerap. Tentu anda akan tersenyum gembira melihat perut anda sudah kempis. GAMBATE!!!

Sumber: http://senamankempiskanperut.com/

Wednesday, April 2, 2014

Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda

Di sini disenaraikan 24 Perkara Dalam Hidup yang JANGAN anda lakukan. Diambil dari Ustaz Don. Sila baca:

1 Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.
2 Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3 Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4 Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan
5 Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
6 Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.
7 Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan.
8 Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9 Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10 Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11 Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12 Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13 Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak siratulrahim.
14 Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15 Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16 Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
17 Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org.kepada kita.
18 Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg.teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
19 Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20 Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21 Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
22 Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23 Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
24 Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg.buruk itu dari hambanya juga.

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari post saya ini. Ingat!! Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda 

Monday, March 31, 2014

AMARAN ~ ELAK DARI MINUM BERDIRI

MENGAPA RASULULLAH SAW MELARANG MINUM SAMBIL BERDIRI?
Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”.
---Dari segi kesihatan----
Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringer.
Sfringer adalah suatu struktur muskular (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.
Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal.
Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.
Terus menuju kandungan air kencing.
Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter).
Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.
Benar, penyakit kristal ginjal.
Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.
Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.
Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri".
Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."
Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat.
Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.
Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.
Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.
Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.
Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.
Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.
Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.
Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.
Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut.
Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.
Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.
Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata:
"Lihatlah orang itu duduk seperti budak."
Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak."
Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.
Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya,
"Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan"
(HR Bukhari).
Subhanallah, setiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK..
Minum 2 gelas air setelah bangun tidur – Dapat membersihkan organ-organ internal.
Minum segelas air 30 minit sebelum makan -Dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.
Minum segelas air sebelum mandi -Dapat menurunkan tekanan darah.
Minum segelas air sebelum tidur -Dapat mencegah stroke dan serangan jantung.
INGAT -----> AIR MASAK...yakni air yang terlebih dahulu dimasak, telah menggelegak kemudian disejukkan......juga dipanggil air jarang....
“Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman,dan yang beramal soleh dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran”.
~Surah Al-’Asr.
Subhanallah! Banyak sebenarnya kelebihan minum air secara duduk yang kita sendiri pun tidak tahu.
Rasulullah SAW sendiri yang mengajar kita cara minum dengan baik tanpa berdiri.
Begitu juga...kita dilarang MAKAN BERDIRI....apatah lagi SAMBIL BERJALAN!!!!!
Semoga kita mempraktikkan apa kita baca ini sebagai amalan harian dan sebarkan kepada rakan-rakan moga mereka turut mendapat manfaat bersama. Amin!

Thursday, March 20, 2014

7 Kesilapan BESAR yang Lazim Dilakukan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak

Mendidik anak-anak adalah perkara yang sering memeningkan kepala ramai ibu bapa. Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak-anak mereka membesar menjadi orang gagal dan bermasalah.
Sebagai ibu bapa, kita perlu ingat, anak-anak adalah amanah Tuhan kepada kita untuk dijaga dan dibentuk sebaik-baiknya.
Mereka lahir seperti kain yang putih bersih yang sempurna tanpa sebarang cacat celanya. Kitalah yang mencorakkan dan mewarnakan kain putih itu dengan corak dan warna tertentu.
Dalam membesarkan anak-anak, pelbagai kesilapan dilakukan tanpa kita sedari. Kesilapan ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan mengenai aspek keibubapaan.
Dalam mendidik, anak-anak perlu diingatkan, didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan. Anak-anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yang didengar.
Jika kita menyuruh anak-anak menguruskan masa dengan baik sedangkan kita sendiri sentiasa tidak menepati waktu dan sering tertangguh, maka mereka lebih mudah terikut-ikut dengan apa yang mereka lihat kita lakukan.
Maka, wajarlah dalam mendidik anak-anak, kita juga mendidik diri kita sendiri.
Antara kesilapan yang sering kita lakukan dalam mendidik anak-anak adalah seperti berikut:

1# Membanding-bandingkan

kesilapan
Ibu bapa sering kali membanding-bandingkan kebolehan ataupun kelemahan anaknya dengan orang lain.
Ada ketikanya, perbandingan ini dibuat antara adik-beradik dan ada ketikanya dengan orang lain seperti anak jiran, saudara, sepupu, kawan sekelas atau sesiapa sahaja.
Memanglah tujaan perbandingan itu dibuat bagi mendorong ataupun memberi semangat kepada anak. Tetapi, kerap kali anak-anak menyalah tafsir tujuan ibu bapa berbuat sedemikian.
Sekiranya perbandingan itu dibuat antara adik-beradik, maka subur perasaan cemburu dan iri hati dalam diri anak-anak. Sekiranya perbandingan dibuat dengan orang lain, anak mudah merasa rendah diri dan hilang kekuatan bersaing.
Yang dikatakan membanding-banding itu adalah apabila kita mengambil contoh seseorang ataupun  menyebut nama seseorang semasa kita rasa tidak puas hati dan sedang memarahi anak.
Faktor orang lain itu hanya dapat digunakan semasa tiada tekanan emosi antara ibu bapa dan anak. Contohnya semasa perbincangan berlaku secara terbuka. Waktu itu, barulah sesuai mengambil orang lain sebagai contoh teladan tanpa membandingkannya dengan anak kita. Barulah anak mudah menerimanya.
Cuba lihat contoh perbualan dibawah:
Contoh 1: “Apa hendak jadi kamu ini… Lihat si Ali itu, tiap petang pasti dia balik awal. Lepas itu terus mandi, solat dan belajar. Tidak macam kamu, entah apa hendak jadi nanti.”
Ini adalah contoh ibu bapa yang membuat perbandingan  langsung antara anak dengan si Ali. Anak kita pasti tidak menggemarinya.
Contoh 2: “Orang berjaya adalah orang yang sentiasa menepati waktu. Waktu main, mainlah sepuas-puasnya tetapi bila tiba waktu belajar, waktu solat dan sebagainya, mereka lakukan secara seimbang. Jika kita balik ke rumah awal, sempatlah solat dan mandi sebelum belajar. Badan pun tidak penat, betul ataupun tidak?”
Ini adalah contoh yang tiada langsung unsuri perbandingan. Tujuannya tetap sama iaitu menegur kesilapan anak, malah diselit pula dengan alasan yang munasabah selain daripada meminta anak berfikir dengan menjuruskan perkataan, “Betul ataupun tidak?”
Jadi cubalah cari jalan supaya kita tidak lagi membuat perbandingan semasa memarahi anak. Seperti yang dijelaskan awal-awal tadi, contoh kejayaan orang lain sesuai diceritakan sewaktu tiadanya tekanan ataupun desakan emosi dalam diri anak.
.

2# Kesilapan Merendahkan Kebolehan Anak

kesilapan
Seringkali tanpa sedar, kita merendahkan kebolehan anak secara tidak langsung. kerap kali ibu bapa yang resah mengenai masalah anak meluahkan keluhannya kepada orang lain di hadapan anak-anak.
Ada ketikanya ketika bertemu jiran, kita beritahu mereka mengenai kelemahan anak kita. “Anak saya ni Cik Jah.. entah apa lagi saya hendak cakap.. malas betul hendak belajar.”Itu salah satu contoh ungkapan.
Ungkapan ini pula dinyatakan dengan kehadiran anak. Maka, anak percaya apa yang didengarnya. Secara tidak langsung si ibu menyuburkan lagi sikap negatif dalam diri anak itu.
Ada ketikanya pula, ibu bapa merendahkan kebolehan diri anak-anak secara langsung apabila marah. “Kau ini besar nanti hendak jadi apa? Sudahlah malas, degil pula!”
Kata-kata sebegini mudah menghiris perasaan anak-anak dan tentunya apabila sentiasa diulang-ulang, ia menyebabkan mereka percaya itu sahaja kemampuan diri mereka.
Ibu bapa perlu sedar, setiap patah perkataan yang kita ucapkan kepada anak-anak kita merupakan doa. Jangan nanti kata-kata yang tidak baik pula yang dimakbulkan Tuhan.
Oleh itu, carilah kebaikan dalam diri anak-anak walaupun kecil. Subur-suburkanlah kebaikan itu.
Mendidik anak adalah proses yang berterusan. Jangan mengharapkan perubahan yang mendadak dalam diri anak. Sebagai pendidik, ibu bapa memerlukan kesabaran yang tinggi.
.

3# Memarahi Anak Tidak Pada Tempatnya

kesilapanBiasanya ibu bapa akan marah apabila didapati anak-anak melakukan kesilapan berulang, selepas dinasihati dan ditegur.
Tidak salah memarahi anak demi kebaikannya tetapi kita harus pastikan marah itu kana pada orang, cara, masa, tempat dan subjeknya. Kita tidak boleh marah secara melulu sahaja.
Sebab itulah, Nabi Muhammad dalam salah satu hadisnya berpesan, orang yang paling kuat itu adalah orang yang dapat menahan amarahnya ketika dia marah.
Ibu bapa sering kali memilih waktu yang salah bagi memarahi anak-anak. Ramai ibu bapa  mengadu, anak-anak mereka tidak suka berterus terang ataupun berbincang masalah dengan mereka.
Sebenarnya kenyataan sedemikian adalah kurang tepat.
Anak-anak tidak mahu berbincang mahupun berterus terang dengan ibu bapa sendiritanpa disedari menutup pintu berbincangan itu.
Waktu anak-anak masih kecil, sama ada dialam tadika ataupun sekolah rendah, mereka pernah mengadu hal kepada ibu bapa. Mereka mengadu segala-galanya kerana ibu bapalah yang dianggap sebagai pelindung. Misalnya anak kita mungkin pulang dari sekolah dan mengadu yang guru memarahinya.
Kita pastinya bertanya, “Kenapa guru marah?” Anak memberitahu yang dia dimarahi guru kerana mengejek, mengusik, memukul ataupun mengambil barang kawan.
Apa tindak balas kita?
Ramai ibu bapa segera marah anak itu sekali lagi apabila mengetahui guru memarahi anaknya itu disebabkan kesilapan anak itu sendiri.
Apa pula perasaan anak?
Tindakan mengadu hal tadi menyebabkan emosinya dua kali sakit. Apabila perkara ini berlaku berulang-ulang kali, maka anak tidak mahu berterus terang dan berbincang lagi.
Alasannya, kerana tahu tindakan berterus terang adalah suatu tindakan yang membawa padah. Sikap inilah kelak yang terbawa-bawa sehingga anak membesar
Oleh itu, jangan memarahi anak apabila mereka berterus terang. Jangan pula menyebelahi mereka. Jelaskan secara bijak, perbuatan mereka sememangnya salah dan tindakan guru itu wajar.
Dengan cara sebegini, anak-anak dapat belajar daripada kesilapan. Hubungan ibu bapa dan anak juga menjadi semakin akrab.
.

4# Tidak Menjadi Pendengar Yang Baik

kesilapan
Ramai ibu bapa yang tidak rasa aspek ini penting bagi mereka. Menjadi pendengar yang baik bukanlah sukar dipraktikkan, cuma ibu bapa sahaja yang memperkecilkan peranan mereka sebagai pendengar.
Apabila anak-anak semakin dewasa, mereka cuba merahsiakan banyak perkara daripada pengetahuan ibu bapa. Antara sebabnya adalah disebabakan sewaktu kecil, luahan dan keluhan  hati mereka tidak diberikan perhatian oleh ibu bapa.
Cuba perhatikan kehidupan kita dengan anak-anak.
Adakah kita berhenti membaca akhbar apabila anak kita datang dan bertanyakan sesuatu soalan? Adakah ibu berhenti menggoreng ikan apabila  tiba-tiba anak datang ke dapur dan bertanyakan sesuatu?
Kemungkinan jawapanya adalah tidak.
Kita menjawab pertanyaan anak sambil membaca akhbar. Kita melayan anak sambil menggoreng ikan. Pada kita, apa yang ditanya itu tidak penting.
Memang soalan yang dikemukakan itu mungkin tidak penting, tetapi cara kita memberikan perhatian itu penting. Maka jangan salahkan anak-anak apabila mereka sudah dewasa, mereka tidak menganggap kita sebagai penyelesai masalah yang dapat diharap.
.

5# Tidak Mewujudkan Kemesraan

Ini juga satu masalah yang selalu timbul. Dapatkah kita bersabar sebelum memarahi ataupun menegur kesilapan anak?
Ramai ibu bapa mudah hilang sabar.
Apa tindakan kita apabila guru sekolah memaklumkan bahawa anak kita ponteng sekolah? Pastinya kita terus memarahinya tanpa terlebih dahulu cuba memahami situasi ataupun konflik emosi dalam dirinya.
Jika itu merupakan kesilapan yang pertama, maka kita perlu menasihatinya dengan baik. Ceritakan kepadanya bahawa kita juga pernah menjadi pelajar. Kita juga pernah merasa jemu belajar, tertekan dan sebagainya. Katakan pada anak kita memahaminya.
Tanya anak apa yang dia fikirkan sebelum dia mengambil tindakan ponteng itu. Selepas anak kita mula merasa selesa berbincang, jelaskan padanya betapa tindakan itu dapat mendatangkan malu dan merosakkan masa depannya.
Sekiranya anak terus ponteng, sekali lagi kita duduk berbincang. Sekali lagi kita cuba fahami perasaan dan fikirannya. Cunakan sentuhan bagi menambahkan kemesraan.
Pegang bahunya semasa berkata-kata. Lihat tepat ke wajahnya. Kalau anak kita masih kecil, maka melutut supaya kedudukan mata kita berada separas dengan matanya.
Selepas dia mula selesa, kali ini kita ubah pendekatan. Kita katakan sukar bagi kita menerima yang dia masih melakukan kesilapan yang sama.
Kita perlu memarahinya. Memarahinya bukan kerana kita mahu  melepaskan geram tetapi memarahi anak kerana kita mahu mengajar dan membentuknya.
Terdapat perbezaan yang ketara antara dua keadaan marah itu. Anak-anak lebih menghormati kita sekiranya mereka tidak dapat menjangkakan apa tindakan kita pada kesalahan yang mereka lakukan.
Sebabnya, jika kita terlalu marah, maka anak mungkin katakan pada dirinya, “Ayah saya memang macam itu”. Lihat, walaupun kita benar-benar marah, kesannya tiada langsung pada diri anak.
Bak kata pepatah, alah biasa tegal biasa.
.

6# Terlalu Memanjakan Anak

kesilapanSekiranya terlalu memanjaka anak-anak, mereka akan kehilangan sikap berdikari.
Saya ada menulis artikel mengenai topik ini sebelum ini, anda boleh membacanya di SINI
.

7# Suka Membebel Dan Mengkritik

kesilapanAda pula ibu bapa yang suka membebel pada anak. Sikap ibu bapa seperti ini membuatkan anak rasa hidup di rumah tidak selesa dan tiada ketenangan.
Oleh sebab itu, ramai diantara anak-anak lebih gemar menghabiskan masa di luar. Mereka berasa diri mereka bebas dan merdeka. Mereka menemui ketenangan setiap kali berada diluar rumah.
Cuba perhatikan anak-anak kecil kita setiap kali ada tetamu yang bertandang ke rumah, kenapa perangainya menjadi cukup berbeza? Mereka berani melakukan perkara-perkara yang kita larang.
Mereka melompat-lompat diatas sofa. Mereka membuat pelbagai ragam dan semua perbuatannya itu menaikkan darah kita. Ini kerana, mereka tahu diri mereka merdeka ketika itu.
Ibu bapa tidak mungkin memarahi mereka dihadapan tetamu yang hadir. Mereka ingin menunjukkan kebolehan dan kepandaian dihadapan tetamu. Mereka tahu kita tidak membebel waktu itu.
Ada ketikanya, kita membebel sehingga ke tahap mengkritik anak-anak. Kritikan yang tidak membina hanya membuatkan keyakinan diri anak-anak kita luntur.
Kita boleh mengkritik dengan syarat selepas itu tunjukkan kepada kepada anak apa yang perlu mereka lakukan.
Ini barulah dikatakan sebagai kritikan yang membina. Bukannya kritikan mencari salah semata-mata.
.

Penutup..

Semoga kita semua dapat mengesan kelemahan yang berlaku dalam proses membesarkan anak kita dengan sempurna.
Membesarkan anak bukan satu perkara yang singkat, ianya satu proses yang panjang dan memerlukan kita memberi perhatian dan kosentrasi yang penuh dalam membentuk anak-anak yang CEMERLANG InsyaAllah dunia dan akhirat.
Ingat, hubungan seorang anak dengan ibu bapa tidak putus sehingga ke akhirat.
Apabila kita mati, hanya tiga perkara sahaja yang bersama iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak-anak yang soleh yang mendoakan kita.
Semoga beramal...

Sumber: http://tudungsicomel.com/