Ramadhan, Bulan Pesta Ibadat
Ramadhan yang mulia kini tiba lagi, penghulu segala bulan. Di bulan ini jugalah Allah menurunkan Al-Quran, kalam Allah. Kenapa pesta ibadat? Jika hari Jumaat, penghulu segala hari, Allah menggandakan pahala dan amalan, ni kan pula bulan Ramadhan. Semua pintu neraka ditutup, dibukakan Allah pintu syurga. Pada bulan ini, tiada seksa kubur, syaitan - syaitan di ikat. Maka, mari kita gunakan bulan yang penuh rahmat ini untuk melipat gandakan amalan kita. Kerana kita tidak tahu bilakan lagi kita akan bersua pada bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini lagi. Mari kita mendidik diri kita menjadi lebih rapat kepadaNya. Mari kita perbanyakkan zikir, sedekah malah berbuat baik pada semua makhluk ciptaan Allah. Janganlah posa ini cuma menahan lapar dan dahaga tapi kita gagal mendidik jiwa kita ke arah lebih baik. Ingatlah, walau kita melalui jalan dan liku yang berbeza, tapi destinasi kita tetap sama. Di dunia ini, cuma pentas kita diuji, macam peperiksaan la juga, menentukan ke mana arah kita lepas tu. Jadi, sempena bulan Ramadhan ini, mari kita perbanyakkan amalan ya. Salam Ramadhan.
No comments:
Post a Comment