Tuesday, May 24, 2011

Kebaikan Itu Terhimpun Dalam 4 Perkara

Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam empat perkara: 
  1. Percakapan, 
  2. Diam, 
  3. Pandangan, 
  4. Gerak. 


Percakapan yang tidak di sertai dengan mengigati Allah itu sia-sia..

Diam yang tidak di sertai dengan memikirkan kebesaran Allah itu leka..

Pandangan tidak di sertai dengan iktibar itu lalai..

Gerak laku yang tidak di sertai dengan rasa kehambaan itu kosong..

Dirahmati hidupnya bagi orang-orang yang menjadikan;

Percakapan sebagai
zikir

Diam sebagai tafakur

Pandangannya sebagai iktibar

Gerak laku sebagai perhambaan
buat yg ESA

Thursday, May 19, 2011

Cara Nabi jaga kesihatan diri

BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.

Mari kita amati dan amalkan cara hidup sihat Nabi Muhammad s.a.w. Bukan bermakna baginda terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja.


Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.

Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpenyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:






Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.


Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.


Aktif menjaga kebersihan

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.


“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)


Tidak pernah makan berlebihan

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)


Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.


Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.


Gemar berjalan kaki

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.


Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.


Tidak pemarah

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.


Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.


Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah

di hati.

Optimis dan tidak putus asa

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.


Tidak pernah iri hati

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”


Pemaaf

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.


Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.


Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya. 

Sumber: Harian Metro 

Monday, May 16, 2011

Doa Ringan Jodoh

Ada antara kita jodohnya macam berat dan mungkin hingga sekarang masih bertemu teman yang boleh dibuat suami dan isteri. Di sini disertakan ayat-ayat yang boleh kalian amalkan dan lakukan tiap hari. Insyaallah, dengan izin Nya, pasti dipermudah dan dipertemu. Selamat beramal.

1) al baqarah ayat 102 
2) al baqarah ayat 255 ( ayat kursi )
3) al a'raf ayat 117-122
4)surah yunus ayat 81-82

P/s: Amalkan banyak solat sunat istikharah, hajat dan taubat beserta aya-ayat di atas.

Friday, May 13, 2011

Lirik Lagu D'Masiv - Jangan Menyerah

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Reff 1:
Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Back to Reff 1

Reff 2:
Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus as

Monday, May 2, 2011

3 Jenis Kawan Keliling Kita

1- Kawan yang hanya mendapatk an manfaat dari kita.
Kawan jenis ni, akan meninggal kan kita bila dia merasa kita ni dah tak
berguna padanya. Kawan jenis ni ramai. Kawan jenis ni selalu memaksa
kita menghulur kan bantuan, jika kita setuju menolongn ya, dia akan redha
dengan kita dan jika kita menolak untuk menolong, dia akan membenci kita.

2- Kawan berserono k.
Kawan jenis ni berkawan dengan kita hanya kerana dia seronok bersemban g, berteman dan lain-lain dengan kita sedangkan dia tidak pun memberi manfaat kepada kita. Kita dan dia tidak saling memberi manfaat untuk satu sama lain. Berkawan dengannya hanyalah membuang masa. Hati-hati dengan kawan jenis ini, kerana ia hanya membazir waktu kita.

3- Kawan yang memberi manfaat kepada kita dan menjauhka n darurat daripada kita. 
kawan jenis ini, adalah kawan yang membawa kepada kebaikan dan menjauhka n kita dari perkara buruk. Dia membuka untuk kita, pintu-pintu kebaikan dan membimbin g kita kepada kebaikan. Peliharal ah sungguh-sungguh hubungan dengan kawan jenis ini.

JADI,PANDAI2LA KITA PILIH KAWAN....

Kawan Yang Perlu Dihindari

Ada kawan yang menguntungkan, banyak juga kawan yang merugikan. Jenis kawan seperti ini sebaiknya dihindari.

1. Kawan yang Suka Memanfaatkan
Dalam persahabatan biasanya terjadi hubungan yang saling menguntungkan. I’ll be there for you, you’ll be there for me. Namun, hal ini tidak wujud untuk teman jenis ini. Dia hanya ingin berkawan dengan orang-orang yang boleh dimanfaatkan untuk mencapai keinginan atau tujuan peribadinya semata. Ketika tujuannya tercapai, dia akan meninggalkan anda dan beralih ke kawan baru. Sebelum dia memanfaatkan anda lebih banyak lagi, adalah lebih baik anda tak perlu rapat dengan kawan seperti ini. Kalau nak buang dari senarai kawan anda pun tak mengapa.

2. Pengkhianat
Tidak ada yang lebih menyakitkan daripada dikhianati kawan sendiri. Berapa kali rahsia besar anda dibocorkan olehnya? Kawan yang anda percayai tergamak tikam anda dari belakang. Contoh kawan pengkhianat adalah kawan yang merampas kekasih anda. Jika anda ada kawan yang mempunyai tanda-tanda seperti itu, adalah sebaiknya tinggalkan sahaja.

3. Suka Menghakimi
Kawan yang suka menghakimi dapat menggugat kepercayaan diri. Kata-katanya sering kali menyalahkan anda. Anda buat betul pun tetap dianggap salah olehnya, apatahlagi jika anda melakukan kesalahan. Kawan seperti ini akan selalu mencari kesalahan anda.

4. Selalu Mematahkan Semangat 
Jenis kawan seperti ini tidak akan mampu membantu anda berjaya. Setiap kali anda ingin maju kehadapan, kata-kata dia kerap membuat langkah anda jadi tergendala. Dia kawan yang sangat-sangat tidak mendorong anda berjaya. Kata-kata yang biasa keluar dari mulutnya adalah, “Sudahlah, kau tak akan boleh melakukan itu, percaya lah.”

5. Mungkir Janji
Kawan jenis ini ada kebiasaan menabur janji, tapi tidak pernah ditepati. Apa yg dah dirancangkan acap kali gagal hanya kerana dia tidak boleh memberi komitmen. Sekali dua janji tak ditepati mungkin anda tak kisah, tapi jika hal ini selalu dia lakukan sebaiknya anda tinggalkan sahaja kawan seperti ini. Apatahlagi jika janji yang dia ucapkan teramat penting bagi anda.

Jenis-jenis Kawan

Imam Al-Ghazali berkata Kawan dibahagikan kepada 3:

1.        Kawan yang pertama -  kawan yang ada ilmu. Bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu dan nasihat kepada kita. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.

2.        Kawan yang kedua - dia tidak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu dan nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu dan nasit kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah.

3.        Kawan yang ketiga - dia tidak ada ilmu. Kita ada ilmu tapi bila kita bagi ilmu dan nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam lagi alasan iaitu dia menolak ilmu dan nasihat yang kita bagi. Iman Al-Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manafaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita pula yang terikut cara dan tingkahlaku dia yang membawa kemaksiatan kepada Allah s.w.t

Nabi s.aw. bersabda “seseorang itu akan ikut siapa yang dia kawan. Jika kamu berkawan dengan tukang jual minyak wangi dan kamu tidak mampu membeli minyak wangi itu tetapi setidak-tidaknya bau harum minyak wangi akan kena juga pada pakaian kamu DAN jika kamu berkawan dengan tukang ketuk besi, biarpun percikan api daripada ketukan tidak kena pada kamu tetapi bau asap api akan kena juga pada pakaian kamu.”

Kesimpulan hadis: -
Umpama berkawan dengan tukang jual minyak wangi iaitu kita berkawan dengan orang yang baik-baik iaitu orang yang selalu ingat pada Allah, orang yang selalu pergi masjid, selalu ikut kuliah agama, selalu bagi nasihat dan ajak ke arah kebaikan. Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut dia pergi masjid dan buat perkara-perkara yang disuruh oleh Allah dan tinggal perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.
Umpama berkawan dengan tukang ketuk besi iaitu kita berkawan dengan orang yang tidak ingat kepada Allah, orang yang selalu buat maksiat dan selalu ajak kita ke arah kejahatan. Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut cara dia. Kalau dia kaki karaoke, kita pun akan jadi kaki karaoke, kalau dia kaki perempuan kita pun akan jadi kaki perempuan dan sebagainya.

Oleh itu, ambillah iktibar, dan jangan tersilap pilih kawan di dunia ini