Monday, May 2, 2011

Kawan Yang Perlu Dihindari

Ada kawan yang menguntungkan, banyak juga kawan yang merugikan. Jenis kawan seperti ini sebaiknya dihindari.

1. Kawan yang Suka Memanfaatkan
Dalam persahabatan biasanya terjadi hubungan yang saling menguntungkan. I’ll be there for you, you’ll be there for me. Namun, hal ini tidak wujud untuk teman jenis ini. Dia hanya ingin berkawan dengan orang-orang yang boleh dimanfaatkan untuk mencapai keinginan atau tujuan peribadinya semata. Ketika tujuannya tercapai, dia akan meninggalkan anda dan beralih ke kawan baru. Sebelum dia memanfaatkan anda lebih banyak lagi, adalah lebih baik anda tak perlu rapat dengan kawan seperti ini. Kalau nak buang dari senarai kawan anda pun tak mengapa.

2. Pengkhianat
Tidak ada yang lebih menyakitkan daripada dikhianati kawan sendiri. Berapa kali rahsia besar anda dibocorkan olehnya? Kawan yang anda percayai tergamak tikam anda dari belakang. Contoh kawan pengkhianat adalah kawan yang merampas kekasih anda. Jika anda ada kawan yang mempunyai tanda-tanda seperti itu, adalah sebaiknya tinggalkan sahaja.

3. Suka Menghakimi
Kawan yang suka menghakimi dapat menggugat kepercayaan diri. Kata-katanya sering kali menyalahkan anda. Anda buat betul pun tetap dianggap salah olehnya, apatahlagi jika anda melakukan kesalahan. Kawan seperti ini akan selalu mencari kesalahan anda.

4. Selalu Mematahkan Semangat 
Jenis kawan seperti ini tidak akan mampu membantu anda berjaya. Setiap kali anda ingin maju kehadapan, kata-kata dia kerap membuat langkah anda jadi tergendala. Dia kawan yang sangat-sangat tidak mendorong anda berjaya. Kata-kata yang biasa keluar dari mulutnya adalah, “Sudahlah, kau tak akan boleh melakukan itu, percaya lah.”

5. Mungkir Janji
Kawan jenis ini ada kebiasaan menabur janji, tapi tidak pernah ditepati. Apa yg dah dirancangkan acap kali gagal hanya kerana dia tidak boleh memberi komitmen. Sekali dua janji tak ditepati mungkin anda tak kisah, tapi jika hal ini selalu dia lakukan sebaiknya anda tinggalkan sahaja kawan seperti ini. Apatahlagi jika janji yang dia ucapkan teramat penting bagi anda.

No comments:

Post a Comment