Monday, March 31, 2014

AMARAN ~ ELAK DARI MINUM BERDIRI

MENGAPA RASULULLAH SAW MELARANG MINUM SAMBIL BERDIRI?
Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”.
---Dari segi kesihatan----
Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringer.
Sfringer adalah suatu struktur muskular (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.
Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal.
Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.
Terus menuju kandungan air kencing.
Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter).
Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.
Benar, penyakit kristal ginjal.
Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.
Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.
Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri".
Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."
Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat.
Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.
Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.
Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.
Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.
Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.
Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.
Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.
Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.
Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut.
Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.
Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.
Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata:
"Lihatlah orang itu duduk seperti budak."
Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak."
Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.
Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya,
"Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan"
(HR Bukhari).
Subhanallah, setiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK..
Minum 2 gelas air setelah bangun tidur – Dapat membersihkan organ-organ internal.
Minum segelas air 30 minit sebelum makan -Dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.
Minum segelas air sebelum mandi -Dapat menurunkan tekanan darah.
Minum segelas air sebelum tidur -Dapat mencegah stroke dan serangan jantung.
INGAT -----> AIR MASAK...yakni air yang terlebih dahulu dimasak, telah menggelegak kemudian disejukkan......juga dipanggil air jarang....
“Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman,dan yang beramal soleh dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran”.
~Surah Al-’Asr.
Subhanallah! Banyak sebenarnya kelebihan minum air secara duduk yang kita sendiri pun tidak tahu.
Rasulullah SAW sendiri yang mengajar kita cara minum dengan baik tanpa berdiri.
Begitu juga...kita dilarang MAKAN BERDIRI....apatah lagi SAMBIL BERJALAN!!!!!
Semoga kita mempraktikkan apa kita baca ini sebagai amalan harian dan sebarkan kepada rakan-rakan moga mereka turut mendapat manfaat bersama. Amin!

Thursday, March 20, 2014

7 Kesilapan BESAR yang Lazim Dilakukan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak

Mendidik anak-anak adalah perkara yang sering memeningkan kepala ramai ibu bapa. Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak-anak mereka membesar menjadi orang gagal dan bermasalah.
Sebagai ibu bapa, kita perlu ingat, anak-anak adalah amanah Tuhan kepada kita untuk dijaga dan dibentuk sebaik-baiknya.
Mereka lahir seperti kain yang putih bersih yang sempurna tanpa sebarang cacat celanya. Kitalah yang mencorakkan dan mewarnakan kain putih itu dengan corak dan warna tertentu.
Dalam membesarkan anak-anak, pelbagai kesilapan dilakukan tanpa kita sedari. Kesilapan ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan mengenai aspek keibubapaan.
Dalam mendidik, anak-anak perlu diingatkan, didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan. Anak-anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yang didengar.
Jika kita menyuruh anak-anak menguruskan masa dengan baik sedangkan kita sendiri sentiasa tidak menepati waktu dan sering tertangguh, maka mereka lebih mudah terikut-ikut dengan apa yang mereka lihat kita lakukan.
Maka, wajarlah dalam mendidik anak-anak, kita juga mendidik diri kita sendiri.
Antara kesilapan yang sering kita lakukan dalam mendidik anak-anak adalah seperti berikut:

1# Membanding-bandingkan

kesilapan
Ibu bapa sering kali membanding-bandingkan kebolehan ataupun kelemahan anaknya dengan orang lain.
Ada ketikanya, perbandingan ini dibuat antara adik-beradik dan ada ketikanya dengan orang lain seperti anak jiran, saudara, sepupu, kawan sekelas atau sesiapa sahaja.
Memanglah tujaan perbandingan itu dibuat bagi mendorong ataupun memberi semangat kepada anak. Tetapi, kerap kali anak-anak menyalah tafsir tujuan ibu bapa berbuat sedemikian.
Sekiranya perbandingan itu dibuat antara adik-beradik, maka subur perasaan cemburu dan iri hati dalam diri anak-anak. Sekiranya perbandingan dibuat dengan orang lain, anak mudah merasa rendah diri dan hilang kekuatan bersaing.
Yang dikatakan membanding-banding itu adalah apabila kita mengambil contoh seseorang ataupun  menyebut nama seseorang semasa kita rasa tidak puas hati dan sedang memarahi anak.
Faktor orang lain itu hanya dapat digunakan semasa tiada tekanan emosi antara ibu bapa dan anak. Contohnya semasa perbincangan berlaku secara terbuka. Waktu itu, barulah sesuai mengambil orang lain sebagai contoh teladan tanpa membandingkannya dengan anak kita. Barulah anak mudah menerimanya.
Cuba lihat contoh perbualan dibawah:
Contoh 1: “Apa hendak jadi kamu ini… Lihat si Ali itu, tiap petang pasti dia balik awal. Lepas itu terus mandi, solat dan belajar. Tidak macam kamu, entah apa hendak jadi nanti.”
Ini adalah contoh ibu bapa yang membuat perbandingan  langsung antara anak dengan si Ali. Anak kita pasti tidak menggemarinya.
Contoh 2: “Orang berjaya adalah orang yang sentiasa menepati waktu. Waktu main, mainlah sepuas-puasnya tetapi bila tiba waktu belajar, waktu solat dan sebagainya, mereka lakukan secara seimbang. Jika kita balik ke rumah awal, sempatlah solat dan mandi sebelum belajar. Badan pun tidak penat, betul ataupun tidak?”
Ini adalah contoh yang tiada langsung unsuri perbandingan. Tujuannya tetap sama iaitu menegur kesilapan anak, malah diselit pula dengan alasan yang munasabah selain daripada meminta anak berfikir dengan menjuruskan perkataan, “Betul ataupun tidak?”
Jadi cubalah cari jalan supaya kita tidak lagi membuat perbandingan semasa memarahi anak. Seperti yang dijelaskan awal-awal tadi, contoh kejayaan orang lain sesuai diceritakan sewaktu tiadanya tekanan ataupun desakan emosi dalam diri anak.
.

2# Kesilapan Merendahkan Kebolehan Anak

kesilapan
Seringkali tanpa sedar, kita merendahkan kebolehan anak secara tidak langsung. kerap kali ibu bapa yang resah mengenai masalah anak meluahkan keluhannya kepada orang lain di hadapan anak-anak.
Ada ketikanya ketika bertemu jiran, kita beritahu mereka mengenai kelemahan anak kita. “Anak saya ni Cik Jah.. entah apa lagi saya hendak cakap.. malas betul hendak belajar.”Itu salah satu contoh ungkapan.
Ungkapan ini pula dinyatakan dengan kehadiran anak. Maka, anak percaya apa yang didengarnya. Secara tidak langsung si ibu menyuburkan lagi sikap negatif dalam diri anak itu.
Ada ketikanya pula, ibu bapa merendahkan kebolehan diri anak-anak secara langsung apabila marah. “Kau ini besar nanti hendak jadi apa? Sudahlah malas, degil pula!”
Kata-kata sebegini mudah menghiris perasaan anak-anak dan tentunya apabila sentiasa diulang-ulang, ia menyebabkan mereka percaya itu sahaja kemampuan diri mereka.
Ibu bapa perlu sedar, setiap patah perkataan yang kita ucapkan kepada anak-anak kita merupakan doa. Jangan nanti kata-kata yang tidak baik pula yang dimakbulkan Tuhan.
Oleh itu, carilah kebaikan dalam diri anak-anak walaupun kecil. Subur-suburkanlah kebaikan itu.
Mendidik anak adalah proses yang berterusan. Jangan mengharapkan perubahan yang mendadak dalam diri anak. Sebagai pendidik, ibu bapa memerlukan kesabaran yang tinggi.
.

3# Memarahi Anak Tidak Pada Tempatnya

kesilapanBiasanya ibu bapa akan marah apabila didapati anak-anak melakukan kesilapan berulang, selepas dinasihati dan ditegur.
Tidak salah memarahi anak demi kebaikannya tetapi kita harus pastikan marah itu kana pada orang, cara, masa, tempat dan subjeknya. Kita tidak boleh marah secara melulu sahaja.
Sebab itulah, Nabi Muhammad dalam salah satu hadisnya berpesan, orang yang paling kuat itu adalah orang yang dapat menahan amarahnya ketika dia marah.
Ibu bapa sering kali memilih waktu yang salah bagi memarahi anak-anak. Ramai ibu bapa  mengadu, anak-anak mereka tidak suka berterus terang ataupun berbincang masalah dengan mereka.
Sebenarnya kenyataan sedemikian adalah kurang tepat.
Anak-anak tidak mahu berbincang mahupun berterus terang dengan ibu bapa sendiritanpa disedari menutup pintu berbincangan itu.
Waktu anak-anak masih kecil, sama ada dialam tadika ataupun sekolah rendah, mereka pernah mengadu hal kepada ibu bapa. Mereka mengadu segala-galanya kerana ibu bapalah yang dianggap sebagai pelindung. Misalnya anak kita mungkin pulang dari sekolah dan mengadu yang guru memarahinya.
Kita pastinya bertanya, “Kenapa guru marah?” Anak memberitahu yang dia dimarahi guru kerana mengejek, mengusik, memukul ataupun mengambil barang kawan.
Apa tindak balas kita?
Ramai ibu bapa segera marah anak itu sekali lagi apabila mengetahui guru memarahi anaknya itu disebabkan kesilapan anak itu sendiri.
Apa pula perasaan anak?
Tindakan mengadu hal tadi menyebabkan emosinya dua kali sakit. Apabila perkara ini berlaku berulang-ulang kali, maka anak tidak mahu berterus terang dan berbincang lagi.
Alasannya, kerana tahu tindakan berterus terang adalah suatu tindakan yang membawa padah. Sikap inilah kelak yang terbawa-bawa sehingga anak membesar
Oleh itu, jangan memarahi anak apabila mereka berterus terang. Jangan pula menyebelahi mereka. Jelaskan secara bijak, perbuatan mereka sememangnya salah dan tindakan guru itu wajar.
Dengan cara sebegini, anak-anak dapat belajar daripada kesilapan. Hubungan ibu bapa dan anak juga menjadi semakin akrab.
.

4# Tidak Menjadi Pendengar Yang Baik

kesilapan
Ramai ibu bapa yang tidak rasa aspek ini penting bagi mereka. Menjadi pendengar yang baik bukanlah sukar dipraktikkan, cuma ibu bapa sahaja yang memperkecilkan peranan mereka sebagai pendengar.
Apabila anak-anak semakin dewasa, mereka cuba merahsiakan banyak perkara daripada pengetahuan ibu bapa. Antara sebabnya adalah disebabakan sewaktu kecil, luahan dan keluhan  hati mereka tidak diberikan perhatian oleh ibu bapa.
Cuba perhatikan kehidupan kita dengan anak-anak.
Adakah kita berhenti membaca akhbar apabila anak kita datang dan bertanyakan sesuatu soalan? Adakah ibu berhenti menggoreng ikan apabila  tiba-tiba anak datang ke dapur dan bertanyakan sesuatu?
Kemungkinan jawapanya adalah tidak.
Kita menjawab pertanyaan anak sambil membaca akhbar. Kita melayan anak sambil menggoreng ikan. Pada kita, apa yang ditanya itu tidak penting.
Memang soalan yang dikemukakan itu mungkin tidak penting, tetapi cara kita memberikan perhatian itu penting. Maka jangan salahkan anak-anak apabila mereka sudah dewasa, mereka tidak menganggap kita sebagai penyelesai masalah yang dapat diharap.
.

5# Tidak Mewujudkan Kemesraan

Ini juga satu masalah yang selalu timbul. Dapatkah kita bersabar sebelum memarahi ataupun menegur kesilapan anak?
Ramai ibu bapa mudah hilang sabar.
Apa tindakan kita apabila guru sekolah memaklumkan bahawa anak kita ponteng sekolah? Pastinya kita terus memarahinya tanpa terlebih dahulu cuba memahami situasi ataupun konflik emosi dalam dirinya.
Jika itu merupakan kesilapan yang pertama, maka kita perlu menasihatinya dengan baik. Ceritakan kepadanya bahawa kita juga pernah menjadi pelajar. Kita juga pernah merasa jemu belajar, tertekan dan sebagainya. Katakan pada anak kita memahaminya.
Tanya anak apa yang dia fikirkan sebelum dia mengambil tindakan ponteng itu. Selepas anak kita mula merasa selesa berbincang, jelaskan padanya betapa tindakan itu dapat mendatangkan malu dan merosakkan masa depannya.
Sekiranya anak terus ponteng, sekali lagi kita duduk berbincang. Sekali lagi kita cuba fahami perasaan dan fikirannya. Cunakan sentuhan bagi menambahkan kemesraan.
Pegang bahunya semasa berkata-kata. Lihat tepat ke wajahnya. Kalau anak kita masih kecil, maka melutut supaya kedudukan mata kita berada separas dengan matanya.
Selepas dia mula selesa, kali ini kita ubah pendekatan. Kita katakan sukar bagi kita menerima yang dia masih melakukan kesilapan yang sama.
Kita perlu memarahinya. Memarahinya bukan kerana kita mahu  melepaskan geram tetapi memarahi anak kerana kita mahu mengajar dan membentuknya.
Terdapat perbezaan yang ketara antara dua keadaan marah itu. Anak-anak lebih menghormati kita sekiranya mereka tidak dapat menjangkakan apa tindakan kita pada kesalahan yang mereka lakukan.
Sebabnya, jika kita terlalu marah, maka anak mungkin katakan pada dirinya, “Ayah saya memang macam itu”. Lihat, walaupun kita benar-benar marah, kesannya tiada langsung pada diri anak.
Bak kata pepatah, alah biasa tegal biasa.
.

6# Terlalu Memanjakan Anak

kesilapanSekiranya terlalu memanjaka anak-anak, mereka akan kehilangan sikap berdikari.
Saya ada menulis artikel mengenai topik ini sebelum ini, anda boleh membacanya di SINI
.

7# Suka Membebel Dan Mengkritik

kesilapanAda pula ibu bapa yang suka membebel pada anak. Sikap ibu bapa seperti ini membuatkan anak rasa hidup di rumah tidak selesa dan tiada ketenangan.
Oleh sebab itu, ramai diantara anak-anak lebih gemar menghabiskan masa di luar. Mereka berasa diri mereka bebas dan merdeka. Mereka menemui ketenangan setiap kali berada diluar rumah.
Cuba perhatikan anak-anak kecil kita setiap kali ada tetamu yang bertandang ke rumah, kenapa perangainya menjadi cukup berbeza? Mereka berani melakukan perkara-perkara yang kita larang.
Mereka melompat-lompat diatas sofa. Mereka membuat pelbagai ragam dan semua perbuatannya itu menaikkan darah kita. Ini kerana, mereka tahu diri mereka merdeka ketika itu.
Ibu bapa tidak mungkin memarahi mereka dihadapan tetamu yang hadir. Mereka ingin menunjukkan kebolehan dan kepandaian dihadapan tetamu. Mereka tahu kita tidak membebel waktu itu.
Ada ketikanya, kita membebel sehingga ke tahap mengkritik anak-anak. Kritikan yang tidak membina hanya membuatkan keyakinan diri anak-anak kita luntur.
Kita boleh mengkritik dengan syarat selepas itu tunjukkan kepada kepada anak apa yang perlu mereka lakukan.
Ini barulah dikatakan sebagai kritikan yang membina. Bukannya kritikan mencari salah semata-mata.
.

Penutup..

Semoga kita semua dapat mengesan kelemahan yang berlaku dalam proses membesarkan anak kita dengan sempurna.
Membesarkan anak bukan satu perkara yang singkat, ianya satu proses yang panjang dan memerlukan kita memberi perhatian dan kosentrasi yang penuh dalam membentuk anak-anak yang CEMERLANG InsyaAllah dunia dan akhirat.
Ingat, hubungan seorang anak dengan ibu bapa tidak putus sehingga ke akhirat.
Apabila kita mati, hanya tiga perkara sahaja yang bersama iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak-anak yang soleh yang mendoakan kita.
Semoga beramal...

Sumber: http://tudungsicomel.com/

Saturday, March 15, 2014

Kesan Jerebu Kepada Kesihatan


Tahukah anda bahawa jerebu boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan untuk jangka panjang? Tahap jerebu yang melanda negara KINI berada dalam keadaan yang amat membimbangkan sehinggakan beberapa tempat telah pun diisyhtiharkan darurat. Kini, masih ramai orang yang mengabaikan langkah-langkah yang patut diambil untuk menghindarkan kesan jerebu pada kesihatan. Orang yang paling berisiko terutama ialah:

  1. Kanak-kanak. 
  2. Orang tua. 
  3. Perokok. 
  4. Mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah. 
Golongan berpenyakit seperti :
  1. Asma. 
  2. Bronkitis. 
  3. Radang paru-paru. 
  4. Penyakit paru-paru yang kronik. 
  5. Penyakit jantung. 
  6. Alahan.
Kesan-kesan yang akan di alami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah :
  1. Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk. 
  2. Sukar bernafas atau sesak nafas. 
  3. Mata pedih dan berair. 
  4. Hidung berair dan kerap bersin. 
  5. Kulit badan terasa gatal-gatal. 
  6. Sakit-sakit dada.
Kesan-kesan negatif jerebu terhadap kesihatan adalah seperti:
  1. Asma
  2. Penyakit obstruktif pernafasan kronik
  3. Radang paru-paru
  4. Batuk
  5. Selesema
  6. Gatal-gatal pada tekak dan mata
  7. Serangan jantung
  8. Kerencatan dan kecacatan otak kepada kanak-kanak

Untuk mengurangkan kesan jerebu terhadap kesihatan, ambillah langkah-langkah berikut:
  1. Kurangkan sebarang aktiviti luar
  2. Kurangkan atau seboleh-bolehnya tidak merokok
  3. Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari
  4. Sentiasa membasuh tangan setelah selesai melakukan sebarang aktiviti terutamanya aktiviti luar
  5. Gunakan topeng pernafasan
  6. Sentiasa pastikan persekitaran dalam rumah adalah bersih

Bagi menyemak status terkini IPU, bolehlah ke :

Tuesday, March 4, 2014

Kisah Blogger Bernama Yasmin J Hunwick

DIa sebenarnya adalah seorang blogger remaja. Blognya tidaklah segah orang yang sudah mempunyai nama besar dalam dunia blog. Namun, tiap nukilan dalam blog ikhlas dan jujur. Allah lebih sayangkan dia. Dia telah kembali bertemu Ilahi pada tahun 2012. 



Ada apa dengan Yasmin J Hunwick?? 

Tiada apa2 pun bagi mereka2 yang tidak pernah untuk berlapang dada dan mengambil sesuatu kebaikan darinya. 

Bagi aku, secara personal.....arwahyarhamah adinda Yasmin bukan sahaja remaja yang hidup dalam dunianya tapi insan yang serba boleh dan istimewa ketika hayatnya. Ketika waktu ini juga aku dapat rasakan yang arwahyarhamah adinda yasmin turut memberi 'sesuatu' kepada kita yang masih hidup walaupun hakikatnya dia tidak lagi bersama kita difana dunia.


Namun, aku cukup tak faham kenapa ada segelintir dalam kalangan kita yang harus mencari keburukkan sedangkan banyak kebaikkan yang kita boleh cari dan ketengahkan. Jika kita lihat sesuatu itu dari sudut negetive maka keputusan yang negetive la yang akan kita dapat. Begitu la jika sebaliknya.....segalanya bergantungan pada apa yang minda kita fikir dan mahukan.

Begitu juga dalam perihal penghasilan novel Love Yasmin yang dinukilkan oleh Syimir serta pages Territory Yasmin J Hunwick yang didirikan oleh insan misteri..... Bukan sedikit cemuhan yang mereka dapat......bukan setitis airmata untie saz dan uncle johan gugur ke pipi.....bukan sedikit kedamaian adinda2 arwahyarhamah diragut oleh segelintir mereka yang hanya mencari salah dan berperasaan hasad. 

Kepermergiannya tidak pernah dipinta. Tragedi itu tidak terdetik pun hendak didamba. Tahu dan sedarkah kita betapa lelas diri dan lelah hati bonda dan ayahanda arwahyarhamah memperjuangkan hak dan mencari kebenaran buat arwahyarhamah serta rakan2 arwahyarhamah adinda Yasmin yang terlibat dalam 'malam tragedi' itu?


Sudah tertakdir arwahyarhamah adinda Yasmin pergi mengadap Ilahi dengan cara sedemikian. Siapa kita untuk mempertikaikan? Kepada yang mempertikaian penghasilan novel Love Yasmin,  Syimir.......untie Saz serta uncle Johan sudah pun menjelaskannya.  Ia dihasilkan bukan untuk keuntungan semata2. Kenapa masih ada juga yang memekakkan akal dan membutakan hatinya?

Blog arwahyarhamah sememangnya biasa2 sahaja.....cerita pun sarat dengan kisah2 remaja yang arwahyarhamah lalui semasa hayat sehingga ke penghujung denyut nadinya. Namun harus anda sedar, anda juga akan melaui (bagi yang muda dari arwahyarhamah) dan telah pun melalui (bagi yang tua bangka tahap senja) fasa yang arwah lalui. Tinggal lagi kematian sahaja yang belum anda hadapi.

Sebenarnya, banyak benda kita boleh belajar dan amik dari kisah yang arwah tulis dalam blognya. Aku sendiri walaupun kian melepasi garis 'senjakala' tidak segan silu mengambil ikhtibar dan pengajaran serta kebaikkan apa yang arwahyarhamah adinda Yasmin tulis. Dan aku tidak pernah jemu membaca......'di sana' ada keceriaan....'di sana' ada kasih sayang......'di sana' ada penghormatan.....'di sana' kemungkinan tiada pada remaja2 yang seusia dengannya.....'di sana', aku yakin ada seribu satu kebaikkan.

Aku baca.....baca.....dan baca......sedikit pun tiada aku berasa jemu bersimpuh diri di 'teratak' itu. Just mengambil apa yang comel.....apa yang bermanfaat.....aku sendiri bukannnya perfect. Begitu juga dengan korang bukan? 

Ada apa dengan Yasmin J Hunwick???......Jawapan itu hanya ada dalam hati mereka2 yang menghayati kisahnya......Bukan sedikit remaja2 diluar sana yang telah sedar dan mengenal Tuhan mereka setelah mereka membaca.....mengenali dan menyayangi arwahyarhamah adinda Yasmin. Aku yakin.......ianya terlalu ramai. Walaupun ramai yang mengenali arwahyarhamah setelah ketiadaannya.

Tidak perlu aku meletakkan bukti di sini, cukup andai korang yang punya hati dan berperasaan singgah menyantuni blog peninggalan arwahyarhamah adinda Yasmin untuk mengenal 'sesuatu' melalui tulisan2nya yang sepi dan bisu itu...


Perlukah korang yang konon2nya hebat dan awesome mempertikaikan orang yang dah meninggal dunia? Perlukah kondem usaha yang dicita2kan oleh arwahyarhamah adinda Yasmin??.....Jika syimir tidak memulakan, adakah korang akan melakukan???

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.

Al-fatihah untuk arwahyarhamah adinda Yasmin dan dua sahabatnya yang terlibat dengan malam malang itu. Al-fatihah

Jazakallah.

Sumber: http://amiraimanakashah.blogspot.com/2013/11/ada-apa-dengan-yasmin-j-hunwick.html

Blogger Yasmin J Hunwickhttp://misschronicz.blogspot.com/
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-


Monday, March 3, 2014

Kisah Saidina Umar R.A dan Seorang Anak Derhaka



Seringkali kita mendengar anak-anak 
sekarang makin ramai yang derhaka kepada ibubapa. TAPI pernahkah kita sebagai Ibubapa mengkaji dan merenung sejenak KENAPA anak-anak pada hari ini semakin nakal, jahat dan menderhakai kepada ibubapa mereka? Apabila anak derhaka kepada ibubapa kita bising tetapi adakah kita telah mendidik anak-anak kita dengan betul? Memberikan didikan agama yang cukup?

ATAU MUNGKIN KITA TERLEBIH DAHULU DERHAKA KEPADA ANAK-ANAK?

Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya.

Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).”

Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran.
Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruk dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.” Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.

Pada hakikatnya, hari ini lebih ramai ibubapa yang terlebih dahulu menderhaka kepada anak-anak. Dengan didikan agama tidak diberi secukupnya kepada anak-anak maka lahirlah genarasi tidak bertamadun zaman moden yang ada pada hari ini. Jadi, didiklah anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi. Ikutilah cara didikan Rasullullah s.a.w, jadikan baginda ROLE MODEL ibu bapa contoh. Semoga generasi pewaris kita hidup dalam jalan yang diredhai oleh yang Maha Esa.

Bagaimana Menjadi Blogger Yang Berjaya

Ramai orang berfikir bahagian yang paling sukar untuk menjadi seorang penulis blog adalah bermula, tetapi sebenarnya merupakan bahagian yang mudah. Apa paling mustahak dalam menubuhkan blog adalah memastikan ia dikemas kini selalu.

Dalam post ini kita akan meneroka bagaimana anda boleh menjadi penulis blog yang berjaya dengan meneroka cara-cara memastikan blog anda sentiasa aktif. Dalam erti kata lain bagaimana untuk menjadi kreatif dan berinspirasi disamping dapat mengekalkan blog yang aktif !

Memutuskan Pada Tema
Mungkin anda jelas tentang ini tetapi ramai orang mengabaikan ia. Membuat keputusan mengenai tema atau topik tentang apa yang blog anda akan berkisar adalah perkara paling penting yang anda boleh lakukan untuk menjadi blogger yang berjaya dan menjadikan blog anda " masa lapang" untuk keuntungan anda .

Mempunyai tema yang sempit tumpuannya dalam jangka masa panjang akan membuat anda lebih kreatif dan meningkatkan post blog anda. Ini mungkin bunyi counter-intuitive tetapi kreativiti memerlukan sempadan di mana tema blog anda beroperasi sebagai sempadan. Ini tidak bermakna blog anda hanya boleh fokus pada satu perkara, tetapi anda perlu tahu apa yang sesuai dengan blog anda.

Ramai orang mempunyai blog peribadi di mana mereka membincangkan apa yang mereka lakukan, apa yang mereka berminat dan kehidupan mereka secara umum. Ini mungkin kelihatan seperti mereka tidak mempunyai tema dalam fikiran tetapi jika melihat lebih dekat, anda akan melihat terdapat beberapa struktur rigid di dalamnya. Ini kerana blog yang berkaitan dengan penulis blog itu secara peribadi, sesuatu yang mereka mendapati menarik pada suatu hari tertentu .

Ini secara drastik mengurangkan pilihan diperlukan dan menambah jangka masa yang juga bertindak sebagai struktur. Struktur ini membolehkan banyak ruang tetapi memberi panduan penting pada hari ke hari asas . Ketika datang ke blog yang pada topik, seperti mengajar atau pemasaran sebagai contoh, struktur menjadi lebih bermanfaat.

Tentukan Jika Anda Ingin Hos Blog Anda
Jadi, adakah anda akan meemulakan blog anda di WordPress , Blogger, Tumblr atau mendapatkan hosting anda sendiri?

Walaupun perkara yang paling penting bagi blog adalah kandungan, di mana ia menjadi tuan rumah dan itu juga merupakan faktor penting .

Wordpress boleh berkembang untuk menjadi sebuah blog bebas sepenuhnya.
Blogger dilihat tempat yang hebat untuk blog peribadi manakala Tumblr pula lebih peribadi dan lebih kepada laman media sosial berbanding blog. Ia juga berkisar lebih kepada imej dan media seperti video. 

Hanya Menulis dan Terus Menulis
Walaupun anda mungkin mempunyai harapan yang besar kepada penulisan pertama anda, anda perlu memastikan ia mudah difahami. Pastikan ia ringkas , memperkenalkan diri anda dan apa yang blog anda akan tawarkan kepada para pembaca nanti.

Untuk bulan yang pertama, anda perlu mengekalkan semangat anda dengan meraikan setiap masa tidak kira betapa kecil atau tidak penting pun penulisan anda itu. Setelah anda dapat membiasakan diri anda dengan rentak menulis blog setiap hari, anda akan dalam perjalanan anda untuk menjadi blogger yang berjaya.

Membawa Notepad Dengan Anda Di mana-mana
Anda tidak perlukan pen dan kertas untuk mencatit idea anda tetapi anda boleh menggunakan telefon anda sebagai alternatif - tetapi anda perlu sentiasa membawanya kerana anda tentu mempunyai sesuatu idea atau soalan yang anda ingin kongsikan. Kemudian apabila anda perlu menulis post baru, anda cuma perlu melihat notepad anda dan lihat mana idea atau soalan masih anda sukai. Kemudian menyelidik dan menulis mengenainya.

Kongsi Dengan Rakan-rakan
Setelah blog anda sudah siap, kongsilah dengan rakan-rakan. Apabila kandungan anda bagus, anda akan dapat menarik lebih ramai orang untuk melayari blog anda. 

Tumpu Kandungan
Pentingnya memberi tumpuan kepada mewujudkan blog yang baik, berguna dan menarik. Lakukan ini perlahan-lahan dan anda akan dapat idea untuk penulisan anda nanti. Dengan menggabungkan idea-idea ini ke dalam pendekatan blog anda, anda mampu menjadi blogger yang berjaya kelak. Terdapat banyak perkara lain yang anda boleh dalami dan pelajari dalam menjadi blogger dan paling utama, tidak mengalah.