Tiada apa2 pun bagi mereka2 yang tidak pernah untuk berlapang dada dan mengambil sesuatu kebaikan darinya.
Bagi aku, secara personal.....arwahyarhamah adinda Yasmin bukan sahaja remaja yang hidup dalam dunianya tapi insan yang serba boleh dan istimewa ketika hayatnya. Ketika waktu ini juga aku dapat rasakan yang arwahyarhamah adinda yasmin turut memberi 'sesuatu' kepada kita yang masih hidup walaupun hakikatnya dia tidak lagi bersama kita difana dunia.
Namun, aku cukup tak faham kenapa ada segelintir dalam kalangan kita yang harus mencari keburukkan sedangkan banyak kebaikkan yang kita boleh cari dan ketengahkan. Jika kita lihat sesuatu itu dari sudut negetive maka keputusan yang negetive la yang akan kita dapat. Begitu la jika sebaliknya.....segalanya bergantungan pada apa yang minda kita fikir dan mahukan.
Begitu juga dalam perihal penghasilan novel Love Yasmin yang dinukilkan oleh Syimir serta pages Territory Yasmin J Hunwick yang didirikan oleh insan misteri..... Bukan sedikit cemuhan yang mereka dapat......bukan setitis airmata untie saz dan uncle johan gugur ke pipi.....bukan sedikit kedamaian adinda2 arwahyarhamah diragut oleh segelintir mereka yang hanya mencari salah dan berperasaan hasad.
Kepermergiannya tidak pernah dipinta. Tragedi itu tidak terdetik pun hendak didamba. Tahu dan sedarkah kita betapa lelas diri dan lelah hati bonda dan ayahanda arwahyarhamah memperjuangkan hak dan mencari kebenaran buat arwahyarhamah serta rakan2 arwahyarhamah adinda Yasmin yang terlibat dalam 'malam tragedi' itu?
Sudah tertakdir arwahyarhamah adinda Yasmin pergi mengadap Ilahi dengan cara sedemikian. Siapa kita untuk mempertikaikan? Kepada yang mempertikaian penghasilan novel Love Yasmin, Syimir.......untie Saz serta uncle Johan sudah pun menjelaskannya. Ia dihasilkan bukan untuk keuntungan semata2. Kenapa masih ada juga yang memekakkan akal dan membutakan hatinya?
Blog arwahyarhamah sememangnya biasa2 sahaja.....cerita pun sarat dengan kisah2 remaja yang arwahyarhamah lalui semasa hayat sehingga ke penghujung denyut nadinya. Namun harus anda sedar, anda juga akan melaui (bagi yang muda dari arwahyarhamah) dan telah pun melalui (bagi yang tua bangka tahap senja) fasa yang arwah lalui. Tinggal lagi kematian sahaja yang belum anda hadapi.
Sebenarnya, banyak benda kita boleh belajar dan amik dari kisah yang arwah tulis dalam blognya. Aku sendiri walaupun kian melepasi garis 'senjakala' tidak segan silu mengambil ikhtibar dan pengajaran serta kebaikkan apa yang arwahyarhamah adinda Yasmin tulis. Dan aku tidak pernah jemu membaca......'di sana' ada keceriaan....'di sana' ada kasih sayang......'di sana' ada penghormatan.....'di sana' kemungkinan tiada pada remaja2 yang seusia dengannya.....'di sana', aku yakin ada seribu satu kebaikkan.
Aku baca.....baca.....dan baca......sedikit pun tiada aku berasa jemu bersimpuh diri di 'teratak' itu. Just mengambil apa yang comel.....apa yang bermanfaat.....aku sendiri bukannnya perfect. Begitu juga dengan korang bukan?
Ada apa dengan Yasmin J Hunwick???......Jawapan itu hanya ada dalam hati mereka2 yang menghayati kisahnya......Bukan sedikit remaja2 diluar sana yang telah sedar dan mengenal Tuhan mereka setelah mereka membaca.....mengenali dan menyayangi arwahyarhamah adinda Yasmin. Aku yakin.......ianya terlalu ramai. Walaupun ramai yang mengenali arwahyarhamah setelah ketiadaannya.
Tidak perlu aku meletakkan bukti di sini, cukup andai korang yang punya hati dan berperasaan singgah menyantuni blog peninggalan arwahyarhamah adinda Yasmin untuk mengenal 'sesuatu' melalui tulisan2nya yang sepi dan bisu itu...
Perlukah korang yang konon2nya hebat dan awesome mempertikaikan orang yang dah meninggal dunia? Perlukah kondem usaha yang dicita2kan oleh arwahyarhamah adinda Yasmin??.....Jika syimir tidak memulakan, adakah korang akan melakukan???
Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.
Al-fatihah untuk arwahyarhamah adinda Yasmin dan dua sahabatnya yang terlibat dengan malam malang itu. Al-fatihah
Jazakallah.
Sumber: http://amiraimanakashah.blogspot.com/2013/11/ada-apa-dengan-yasmin-j-hunwick.html
Blogger Yasmin J Hunwick: http://misschronicz.blogspot.com/
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment