Sesebuah generasi menggambarkan keadaan atau situasi, di mana setiap individu mempunyai pengalaman hidup yang dilalui, dapat menggambarkan siapa diri kita dan bagaimana kita melihat dunia dari kacamata sendiri dan setiap generasi mempunyai personaliti tersendiri (Lynn Lancaster and David Stillman, When Generation Collide). Setiap generasi mempunyai kepercayaan nilai, budaya, perspektif, minat, apa yang tidak digemari, dan kemahiran terhadap kehidupan dan pekerjaan sesuai dengan keadaan persekitaran semasa seseorang itu lahir dan dibesarkan (Shahhanim Yahya).
Walaupun terdapat perbezaan atau jurang antara ciri-ciri bagi setiap generasi, namun keadaan ini tidak menjadi penghalang setiap individu untuk mengecapi kejayaan bersama-sama. Sebagai contoh, dalam sesebuah organisasi atau keluarga yang berjaya, gabungan idea dan pandangan antara generasi iaitu di kalangan kakitangan dan juga anggota keluarga membolehkan sesebuah organisasi dan keluarga mencapai kecemerlangan seperti yang disasarkan. Usaha untuk memahami perbezaan antara generasi berupaya memberikan implikasi terhadap komunikasi yang lebih berkesan, memupuk motivasi dalam diri, meningkatkan produktiviti dan kerjasama berkumpulan. Don Tapscott dalam bukunya ‘Grown Up Digital’ telah membahagikan demografi penduduk kepada beberapa kelompok berikut:
1. Pre-Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya)
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Generasi X
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – Generasi Y
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga kini) – Generasi Z
6. Generation Alpha (lahir pada 2010) – Generasi A

1. Pre Baby Boom
Generasi Pre Baby Boom lahir pada tahun 1945 dan tahun-tahun sebelumnya. Billings dan Kowalski menganggap generasi ini sebagai adaptive. Mereka mudah menerima dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Generasi ini dianggap “orang lama” yang mempunyai banyak pengalaman kerana telah lama hidup.

Generasi The Baby Boom adalah generasi yang lahir antara tahun 1946 hingga 1964. Istilah “Baby Boom” ataupun “Baby Boomers” digunakan Don Tapscott merujuk pada kadar kelahiran yang tinggi selepas Perang Dunia Kedua. Sewaktu peperangan, ramai pasangan menangguhkan kelahiran disebabkan faktor kesusahan semasa perang. Mereka adalah kelompok generasi yang idealis. Generasi ini hidup berdikari dan tidak lagi terlalu bergantung kepada keluarga. Mereka mementingkan kerjaya atau pekerjaan “The baby boom” adalah generasi penyiaran (broadcasting). TV, radio dan akhbar mempengaruhi keputusan mereka.

3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Gen X
Selepas era “The Baby Boom”, kadar kelahiran di Amerika Syarikat turun dengan mendadak. Terma “The Baby Bust”, istilah yang sering dipakai ialah “Generation X”, mengambil tajuk novel Douglas Coupland. “X” merujuk kepada kumpulan yang terpinggir dalam masyarakat walaupun mereka mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding “The Baby Boom”. Gen X ialah generasi internet. Generasi X menganggap internet sebagai media yang tidak memerlukan kepakaran(nonspecialist media). Sesiapa saja boleh gunakan internet dan melahirkan pandangan mereka.

4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – Gen Y
Ini dikenali sebagai Gen Y. Salah satu faktor mengapa “Net Gen” kekal agak lama ialah wanita pada ketika ini memilih untuk berkeluarga dan melahirkan anak pada usia yang agak lewat, iaitu 30an atau 40an.

5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga sekarang) – Gen Z
Mereka juga dikenali sebagai Gen Z. Umur mereka yang paling tua sekarang ialah dalam lingkungan 12 tahun, celik IT dan terdedah kepada teknologi maklumat dan internet seawal usia bayi lagi.

Jadi anda dalam generasi mana??
Sumber: http://smp.townplan.gov.my/
No comments:
Post a Comment