Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
Bila hati kita terguris, kita kata "Mak memang tak pernah faham".
Bila hati kita terhiris, kita kata "Ayah memang tak ambil kisah".
Tetapi
Bila hati mak kita terguris, mak kata "Tak apa, dia masih muda".
Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata "Tak apa, belum sampai akalnya".
Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.
Fikir-fikirlah

Bagai pusingan roda, sampai masanya
kita pula akan menjadi ibu atau bapa dan anak2 kita akan melakukan apa
yang pernah kita lakukan terhadap ibu dan bapa kita.... dan kita akan
bersabar dengan kerenah mereka sebagaimana ibubapa kita pernah lakukan
kepada kita dan begitulah seterusnya.... Sayangilah ibubapa kita,
InsyaAllah kita akan disayangi oleh anak2 kita pulak.
No comments:
Post a Comment