NABI Ibrahim telah meyakini dengan sepenuh hati akan kekuasaan dan penciptaan Allah SWT. Kepercayaannya tidak berbelah bahagi malah berjanji akan menghapuskan perbuatan syirik dan penyembahan berhala yang dilakukan oleh penduduk Mesir.
Baginda juga selalu memohon kepada Allah agar dirinya dikuatkan iman dan ditambahkan keyakinan di samping menghilangkan keraguan yang ada kalanya wujud dalam dirinya. Kadangkala baginda tertanya-tanya, bagaimanakah Allah SWT menghidup dan mematikan makhluk di dunia ini.
Suatu hari, baginda telah bermunajat kepada Allah agar ditunjukkan bagaimana Allah menghidupkan kembali makhluk setelah dimatikan. Allah SWT telah menjawab permintaan Nabi Ibrahim itu.
"Tidakkah engkau beriman dan percaya kepada kekuasaan-Ku?"
Setelah mendengar jawapan daripada Allah SWT itu, Nabi Ibrahim pun menjawab: "Betul, wahai Tuhanku, aku telah beriman dan percaya kepada-Mu dan kepada kekuasaan-Mu. Tetapi aku ingin sekali melihatnya dengan mataku sendiri. Semoga ianya akan mendatangkan ketenteraman dan ketenangan dalam hatiku. Biarlah ia makin bertambah tebal dan mendalam keyakinanku kepada-Mu serta kekuasaan-Mu."
Permintaan Nabi Ibrahim itu telah diperkenankan oleh Allah SWT. Allah SWT telah memerintahkan agar Nabi Ibrahim menangkap empat ekor burung. Burung-burung itu hendaklah dipotong menjadi kepingan-kepingan yang kecil dan dicampurkan semuanya. Selepas itu bahagikan pula kepada empat bahagian. Setiap bahagian perlulah diletakkan di atas puncak bukit yang berasingan dan jauh jaraknya antara satu sama lain.
Setelah selesai mengerjakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT, Nabi Ibrahim pun memanggil semula burung-burung berkenaan. Dengan izin dan kekuasaan-Nya, semua kepingan burung yang telah dipotong itu berterbangan di udara mencari bahagian badan masing-masing. Walaupun jarak antara satu longgok dengan longgok yang lain jauh, namun ia tetap bertemu dengan bahagian masing-masing. Setelah semuanya selesai, keempat-empat ekor burung itu pun datang kepada Nabi Ibrahim sebagaimana asalnya. Tiada terlebih dan terkurang satu bahagian pun. Setelah Nabi Ibrahim melihat segala kejadian tadi dengan matanya sendiri, maka bertambahlah keyakinannya terhadap kekuasaan Allah SWT. Allah SWT menghidupkan dan mematikan makhluk-Nya dengan sendiri tanpa ada bantuan daripada sesiapa pun. Tidak ada sesiapa pun yang menyuruh dan tidak ada sesiapa pun yang mampu menghalang kekuasaan Allah itu.
Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm
.:: Bila Kehidupan Menggagalkan Kita.. Kita Yang Memilih Untuk Bangkit Semula Atau Terus Gagal::. .:: Kita Yang Memilih Untuk Bangkit Dan Jadi Lebih Dewasa Atau Cuma Meneruskan Kelangsungan Hidup::. .:: Saya Dengar dan Saya Lupa, Saya Lihat dan Saya Ingat, Saya Lakukan dan Saya Faham::.
Thursday, December 23, 2010
Monday, December 6, 2010
15 Kesilapan Ibubapa Dalam Mendidik Anak-anak
"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya.
Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan.
Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul."
Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak."
Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak
tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."-(Maksud Al-Hadith )
1. Kesilapan pertama:
Kurang berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
- Saidul (penghulu) Istighfar
- Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
- Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 3)
- Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
- Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
- Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)
- Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
- Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua:
Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi)
seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
3. Kesilapan ketiga:
Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat:
Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima:
Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani
6. Kesilapan keenam:
Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.
Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh:
Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.
8. Kesilapan kelapan:
Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan:
Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh:
Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kesilapan kesebelas:
Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas:
Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
13. Kesilapan ketigabelas:
Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
14. Kesilapan keempatbelas:
Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas:
Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
Sumber: diubahsuai dari Kuliah Mingguan Surau An-Nur, 10 Jun 1998 oleh Ustaz Khalid Haji Mohd Isa.
Friday, October 22, 2010
Kenali Kemurungan : Murung Cabang Penyakit Jiwa
SESIAPA saja boleh mengalami masalah kemurungan tidak mengira usia, jantina atau bangsa malah kanak-kanak seawal usia lima tahun juga boleh mengalami kemurungan cuma simptom mereka berbeza daripada orang dewasa.Bagaimanapun, mengikut kajian, kejadian kemurungan di kalangan wanita adalah lebih tinggi daripada lelaki kerana mereka lebih bersikap tanggungjawab dan mengambil tahu setiap perkara secara mendalam.Penasihat Psikiatri Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, Dr Daniel Zainal Abdul Rahman, berkata pesakit yang mengalami masalah kemurungan akan hilang keyakinan diri, berasa rendah diri serta hidup dalam dunia mereka sendiri.
Menurutnya, jika tidak dirawat segera penghidap masalah kemurungan akan berasa dunia mereka seolah-olah tamat di situ saja dan ini menyebabkan banyak kejadian bunuh diri berlaku."Disebabkan itu, mereka perlu mendapatkan rawatan pakar selain ubat-ubatan bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku."Ini disebabkan kemurungan bukan kelemahan peribadi tetapi penyakit yang menjejaskan otak yang memerlukan rawatan perubatan dengan segera," katanya ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.
Antara sebab wanita lebih kerap berdepan dengan kemurungan ialah perubahan peringkat hormon yang dialami sepanjang hidup mereka terutama selepas mengalami haid, hamil, selepas bersalin, pramenopaus dan putus haid. Hormon dalam badan akan berubah sepanjang tempoh kehidupan dan wanita paling banyak mengalaminya. Ia sedikit sebanyak memberi banyak tekanan dalam kehidupan seharian mereka.Selain itu katanya, tekanan atau stres melampau juga boleh mendorong ke arah kelainan ini. Kadangkala kemurungan boleh berlaku walaupun kehidupan individu berkenaan sihat dan normal.
Antara penyebab tekanan termasuklah penat dalam usaha untuk mengimbangkan antara tugasan di rumah dan tempat kerja, mempunyai pekerjaan yang berat dan membebankan, status ibu atau bapa tunggal, masalah kewangan serta perceraian ataupun kematian pasangan hidup."Oleh itu, keseimbangan dalam melakukan kerja harian amat perlu untuk mengelakkan tekanan dihadapi dan lakukan perkara itu setakat termampu. Jangan memaksa diri melakukan perkara di luar kemampuan diri," katanya.
Namun begitu katanya, penyakit kemurungan juga boleh diwarisi sekiranya ada sejarah kemurungan dalam keluarga."Bagaimanapun sekiranya mengamalkan gaya hidup sihat serta tidak terlalu bercita-cita tinggi hingga sukar digapai dan menyebabkan kekecewaan, maka ia satu cara hidup yang ringkas tanpa sebarang bebanan," katanya.Malah ramai beranggapan seseorang itu gila jika berjumpa pakar psikiatri walaupun sebenarnya banyak masalah mental yang tidak ada kaitan dengan gila dan tidak kurang juga yang menganggap kemurungan sebagai masalah biasa. Menurutnya, faktor kemurungan boleh berpunca daripada pelbagai sebab seperti kematian anggota keluarga, putus kasih, perceraian, krisis ekonomi dan bebanan di tempat kerja serta akibat penyakit kronik.Biasanya pesakit yang mengalami masalah kemurungan akan hilang minat terhadap perkara yang menggembirakannya. Mereka juga berasa tidak fokus, mengasingkan diri, hilang selera makan atau gangguan tidur dan kurang memberi tumpuan terhadap kerja.
Dianggarkan terdapat 300 jenis penyakit tergolong dalam penyakit psikologi dan kemurungan adalah satu cabang daripada penyakit jiwa.Penyakit kemurungan boleh memberi kesan kepada tubuh badan dan kehidupan sosial penghidapnya kerana ia satu penyakit yang menyebabkan seseorang individu berada dalam keresahan dan kegelisahan secara berterusan tanpa sebarang sebab munasabah.Malah jika tidak ditangani secara rasional, masalah kemurungan ini boleh melarat kepada perkara lebih buruk hingga menjejaskan kesihatan diri individu itu sendiri.Ia sebenarnya penyakit keempat di dunia yang paling berpotensi menyebabkan ketidakupayaan individu dari segi sosial kerana kebanyakan daripada penghidap masalah ini lebih gemar menyendiri tanpa bergaul dengan sesiapa.
Simptom kemurungan:
・ Kesedihan atau 'kekosongan' perasaan yang berpanjangan.
・ Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan.
・ Mudah berputus asa.
・ Perasaan bersalah dan tidak berguna.
・ Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur.
・ Hilang selera makan dan penurunan berat badan.
・ Berperasaan lebih baik mati, kadangkala disertai dengan cubaan bunuh diri.
・ Rasa tidak tenteram dan mudah marah.
・ Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan.
Antara tip yang boleh digunakan untuk mengelakkan masalah kemurungan:
・ Amalkan gaya hidup sihat seperti bersenam secara teratur serta mengambil pemakanan seimbang.
・ Dapatkan tidur mencukupi kerana tidur adalah elemen rehat paling penting untuk tubuh serta minda supaya dapat kembali bertenaga secara fizikal dan mental keesokan harinya.
・ Elak bersendirian serta luangkan masa bersama keluarga.
(Sumber : http://www.dportal.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=44&Itemid=66 )

Thursday, September 30, 2010
Bangsa Arab punca Muhammad dimusuhi
KISAH mengenai kaum Yahudi, dalam buku Sirah Nabawiah, yang diterjemahkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) jelas membuktikan bahawa kaum itu tidak boleh diharapkan. Mereka memandang Islam dengan pandangan yang penuh kebencian dan dendam kesumat. Tidak menghairankan sehingga ke hari ini mereka tetap begitu. Ini kerana nabi terakhir yang mereka tunggu-tunggu selama ini sebagaimana disebutkan dalam kitab Taurat mahupun Injil bukan daripada kalangan bangsa Yahudi tetapi berbangsa Arab.
Ini menyebabkan Yahudi tidak dapat menerima hakikat bahawa tiada lagi nabi dari kalangan mereka. Malah, kali ini terpaksa pula 'tunduk' kepada orang Arab. Penulis buku itu, Al Mubarakfuri berkata, sebab itu sukar untuk mententeramkan fahaman kebangsaan yang terlalu menebal dan menguasai jiwa dan akal fikiran mereka. "Sedangkan dakwah Islam pula ialah dakwah yang bertujuan menyatukan hati-hati yang tidak sehaluan serta memadamkan api permusuhan dan benci membenci antara satu sama lain.
"Dakwah Islam juga mengajak kita supaya bersikap amanah dalam segenap urusan, memakan sumber yang halal dan harta yang baik-baik sahaja," katanya. Ini bererti kabilah-kabilah Yahudi di Yathrib juga akan disatukan di bawah prinsip-prinsip itu. Jika itu berjaya dilakukan pastinya penduduk Yathrib akan terlepas juga akhirnya dari cengkaman Yahudi apabila kaum itu tidak lagi boleh menguasai perniagaan yang tidak adil dan amanah. Mereka akan dihalang memiliki harta secara keuntungan besar daripada riba yang selama ini menjadi sumber utama mereka memperolehi kekayaan. Malah ada kemungkinan kabilah-kabilah Arab yang lain akan mulai sedar lalu meminta supaya dipulangkan semula harta-harta yang diambil oleh orang Yahudi secara riba itu. Iaitu seperti tanah dan kebun-kebun yang sebelum ini telah jatuh ke tangan bangsa tersebut.
Namun bangsa Yahudi di awal kehadiran Nabi Muhammad di Yathrib dikatakan telah mengambil kira kesemua perkara tersebut sejak mereka dapati Islam mula mendapat kedudukan yang stabil di Yathrib.
Oleh itu, mereka telah menyembunyikan permusuhan ketat mereka terhadap Islam dan Nabi Muhammad sejak baginda mula sampai di Yathrib. Namun mereka tidak menzahirkan atau menampakkan penentangan tersebut kecuali selepas baginda dan umat Islam semakin bertapak kukuh di Yathrib sehingga dalam banyak peristiwa Yahudi sendiri sanggup menjadi musuh dalam selimut atau duri dalam daging. Mereka menjadi pengkhianat dan bersekongkol dengan musuh Islam yang sebenar, iaitu kafir Musyrikin Mekah.
Sumber : Arkib Utusan

Yahudi degil dan bermuka-muka
CONTOH fenomena kedegilan dan permusuhan bangsa Yahudi sebagaimana yang diceritakan oleh Ibnu Ishaq ialah seperti mana yang ditegaskan oleh Yasir bi Akhtab seperti mana diceritakan oleh anak saudara kesayangannya, Safiyyah yang merupakan anak salah seorang pembesar Yahudi, Huyayy binti Akhtab.
Safiyyah berkata: "Setiap kali mereka melihat aku, pasti mereka memegang dan memelukku. Sehinggalah pada suatu hari, mereka hadir dalam satu majlis pertemuan dengan Nabi Muhammad. Iaitu dari pagi sehinggalah lewat petang barulah mereka pulang ke rumah dengan rupa wajah yang bingung dan sedih.
"Mereka langsung tidak menyapa saya berbeza dengan kelaziman yang mereka lakukan setiap kali apabila bertemu dengan saya.
"Ketika itulah saya mendengar mereka berkata sesuatu yang agak memeranjatkan juga," kata Safiyyah.
Huyyay bertanyakan kepada Yasir: "Betulkah dia orangnya? Yang sering disebut-sebut oleh para pendita dan kitab-kitab kita sebelum ini?"
"Demi Allah, dialah orangnya," kata Yasir.
"Adakah kamu benar-benar kenal dan meyakini dengan apa yang kamu percayai itu," tanya Huyyay lagi.
"Benar, kerana tanda-tanda dan alamat kenabian itu ada padanya. Memang benarlah dialah orangnya, tidak syak lagi," kata Yasir.
"Jika begitu apa yang bermain dalam fikiran mu sekarang ini dan apa yang hendak kita lakukan," kata Huyyay.
"Demi Allah, selagi hayatku masih dikandung badan, aku berazam akan memusuhi Muhammad untuk selama-lamanya," kata Yasir tegas.
Begitulah sikap Yahudi, yang sanggup bermuka-muka di hadapan baginda tetapi apabila pulang ke rumah, mereka menunjukkan belang yang sebenar.
Namun Yahudi tetap menjadi penduduk bukan Islam di Madinah yang perlu dihadapi oleh Nabi Muhammad.
Baginda mengetahui segala isi perut mereka yang sebenarnya berpura-pura itu. Lalu dengan segera satu perjanjian perlu dibuat dengan bangsa Yahudi, iaitu sebelum bangsa itu menzahirkan penentangan mereka terhadap Islam.
Perjanjian dengan kaum Yahudi itu yang secara imbas memberikan kepada mereka kebebasan mutlak dalam soal agama dan harta benda.
Ini kerana baginda tidak mengambil polisi pengusiran dan permusuhan terhadap bangsa itu. Tetapi satu perjanjian yang langsung tidak memberi jalan bagi membolehkan bangsa itu melakukan penentangan terhadap baginda dan Islam.
Lalu diadakan perjanjian dengan kaum Yahudi yang mendiami Yathrib, yang antara butir-butirnya adalah seperti berikut;
l Bangsa dan kaum Yahudi adalah satu umat bersama dengan kaum Mukmin lain terutama yang mendiami Madinah. Lalu masing-masing berhak mengamalkan agama mereka termasuklah pengikut-pengikut dan diri mereka.
l Kaum Yahudi dan umat Islam berkewajipan membiayai sendiri nafkah hidup masing-masing.
l Antara mereka hendaklah saling tolong menolong terutama memerangi mereka yang menentang piagam ini.
l Kedua-dua kaum ini hendaklah juga saling nasihat menasihati, berbuat kebaikan dan tidak melakukan sebarang kesalahan yang boleh memudarat diri dan orang lain.
l Masing-masing juga tidak dibenarkan sama sekali untuk membuat kesalahan terhadap orang lain tanpa sebarang alasan yang munasabah.
l Pertolongan hendaklah diberikan kepada mereka yang dizalimi tanpa mengira agama, bangsa dan kaum.
l Dalam keadaan suasana peperangan kaum Yahudi dan kaum Mukmin hendaklah sama-sama saling membiayai.
l Dengan piagam ini, Yathrib menjadi tanah yang dihormati.
l Sebarang masalah atau pertikaian yang dibimbangi membawa kerosakan di kalangan mereka yang memeterai piagam ini hendaklah dirujuk kepada Allah dan Nabi Muhammad sendiri.
l Kaum Musyrikin Mekah tidak boleh dilindungi dan begitu juga mereka yang menjadi tali barut kepada kaum Musyrik Mekah itu.
l Mereka yang terlibat dengan piagam ini hendaklah tolong menolong menentang mereka yang cuba menghancurkan Yathrib.
l Perjanjian ini tidak boleh dilanggar melain mereka yang zalim atau berdosa!
Dengan termeterainya perjanjian ini, maka kaum Yahudi tertakluk kepada segala isi kandungannya. Ternyata ia merupakan satu perjanjian yang memberikan keadilan kepada semua pihak dan tersembunyi seribu satu hikmah yang secara bijak direncanakan sendiri oleh Nabi Muhammad.

Wednesday, September 22, 2010
Sahabat Nabi : Abdullah Mas'ud
NAMA sebenar beliau ialah Abdullah bin Mas‘ud bin Ghafil. Beliau merupakan seorang sahabat Nabi Muhammad yang terawal memeluk agama Islam dan merupakan penulis wahyu yang memahami lebih mendalam mengenai al-Quran. Bacaan al-Quran yang dilagukannya juga sedap didengar.
Nabi Muhammad berkata: “Abdullah bin Mas‘ud pandai membaca al-Quran dengan baik. Bagi sesiapa yang mahu membaca al-Quran, bacalah sepertimana yang dibaca oleh Abdullah bin Mas‘ud.”
Abdullah juga merupakan sahabat Nabi Muhammad yang terkenal sebagai pentafsir al-Quran. Beliau juga mengetahui sebab-sebab sesuatu surah itu diturunkan dan tidak ketinggalan turut serta dalam semua siri peperangan bersama Nabi Muhammad demi menegakkan agama Islam.
Beliau juga merupakan seorang penyair yang baik. Suaranya sedap di dengar ketika bersyair selain menguasai bidang fekah dan hadis.
Abdullah adalah sahabat yang setia kepada ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad. Kesetiaannya dapat dilihat semasa mengikuti semua siri peperangan bersama Nabi Muhammad.
Setiap kali tentera Islam berperang dengan tentera musuh, Abdullah di lantik oleh Nabi Muhammad menjadi pembantunya. Beliau sedia membantu Nabi Muhammad demi keselesaan baginda semasa peperangan. Antara khidmat yang diberikan oleh beliau kepada Nabi Muhammad ialah membawa kasut Nabi Muhammad apabila diminta.
Apabila Nabi Muhammad mahu berehat atau tidur, beliau bersedia memberikan bantal kepada Nabi Muhammad. Begitu juga apabila Nabi Muhammad mahu bersiap bagi bersembahyang, Abdullahbersedia menyediakan air bagi Nabi Muhammad berwuduk.
Kerelaan Abdullah memberi khidmat kepada Nabi Muhammad menyebabkan beliau digelar sebagai pengurus kasut, pengurus bantal dan pengurus wuduk.
Nabi Muhammad ada berkata: “Abdullah bin Mas‘ud adalah ketua yang saya lantik sendiri tanpa mendapat persetujuan daripada sesiapa.”
Begitulah Nabi Muhammad memandang tinggi Abdullah. Malah menurut Nabi Muhammad apa yang dilaporkan oleh Abdullah mengenai Nabi Muhammad adalah benar.
Nabi Muhammad ada berkata: “Apa yang disampaikan oleh Abdullah bin Mas‘ud mengenai diri saya, semuanya adalah benar-benar belaka. Kamu semua harus mempercayainya.”
Pernah suatu hari Abdullah dan ibunya pergi ke rumah Nabi Muhammad. Abdullah dan ibunya sering ke rumah Nabi Muhammad.
“Apa khabar Abdullah dan makcik, sihatkah?" tanya Nabi Muhammad yang pada ketika itu mahu menjamah makanan.
“Saya sihat. Cuma ibu saya baru sahaja baik dari demam,” balas Abdullah.
“Syukur kepada Allah kerana mengurniakan kami kesihatan yang baik,” kata Abdullah bin Mas‘ud lagi.
“Orang yang sentiasa bersyukur atas kesihatannya, ditambahkan lagi nikmat kesihatan,” kata Nabi Muhammad pula.
Semasa mereka rancak berbual-bual, tiba-tiba datang serombongan orang ke rumah Nabi Muhammad. Rombongan itu datang dari negeri Yaman. Mereka mahu berjumpa dengan Nabi Muhammad. Pada masa itu Abdullah dan ibunya ada di rumah Nabi Muhammad.
“Assalamualaikum. Kami datang dari Yaman. Kami mahu berjumpa dengan Nabi Muhammad,” kata salah seorang daripada ahli rombongan itu.
“Waalaikumsalam. Silakan masuk,” jawab Abdullah dan ibunya.
Pada ketika itu Nabi Muhammad berada di dapur rumahnya. Rombongan dari Yaman itu menyangka Abdullah dan ibunya adalah ahli keluarga Nabi Muhammad.
“Adakah kamu berdua ini ahli keluarga Nabi Muhammad?" Tanya ahli rombongan itu.
Tidak sempat Abdullah menjawab, Nabi Muhammad muncul di ruang tamu rumahnya itu.
Kemudian Nabi Muhammad berkata: “Masuklah. Tadi, saya dengar ada rombongan dari Yaman mahu berjumpa saya.”
Kedatangan rombongan itu disambut baik oleh Nabi Muhammad. Abdullah juga turut membantu Nabi Muhammad melayani tetamu yang datang itu.
Kesetiaan dan keakraban Abdullah dengan Nabi Muhammad secara tidak langsung terjalin hubungan yang rapat dan ikatan yang erat.
Menurut cerita, hanya Abdullah sahaja yang dibenarkan melawat Nabi Muhammad pada bila-bila masa.
Selepas Nabi Muhammad meninggal dunia, Abdullah dilantik menjaga Baitulmal di Kufah.
Semasa pemerintahan Khalifah Usman, Abdullah kembali semula ke Madinah.
Akhirnya, beliau meninggal dunia pada tahun 32 Hijrah bersamaan 652 Masihi.
Sumber : http://www.utusan.com.my/

Sejarah Yahudi di Madinah
SEJARAH memberikan kita fakta bahawa Nabi Muhammad SAW, satu-satunya pemimpin yang berjaya menyatupadukan masyarakat majmuk antara kaum Arab dan Yahudi di Madinah.
Namun tugas itu sebenarnya bukan satu kisah kejayaan yang dicipta dalam masa sehari atau sebulan tetapi sepanjang masa.
Baginda sentiasa berusaha untuk menyatupadukan kedua-dua kaum itu supaya dapat hidup bersama dalam sebuah negara dan ia sangat sukar untuk dilakukan kerana setiap kaum itu mempunyai pelbagai kerenah dan tabiat-tabiat yang sukar untuk dikikis demi untuk hidup bersatu.
Tetapi dalam ruangan kali ini, mungkin kita perlu mengetahui dengan lebih jelas mengenai sejarah kedatangan Yahudi ke Yathrib atau Madinah.
Ini sebagaimana yang diceritakan oleh Mubarakfuri dalam buku Sirah Nabawiyyah yang menjadi rujukan utama untuk ruangan ini.
Mubarakfuri meletakkan kaum Yahudi Madinah sebagai kelompok kaum ketiga yang menetap di bandar itu.
Iaitu selepas kelompok bangsa Arab Muhajirin (penduduk Arab beragama Islam yang berhijrah dari Mekkah) dan kelompok bangsa Arab Ansar (penduduk Arab, penduduk asal Yathrib).
Pada asalnya orang Yahudi datang atau berhijrah ke Hijaz atau Semenanjung Arab semasa zaman penindasan oleh kerajaan Asyria dan Rom dahulu kala.
Pada hakikatnya mereka lebih tepat dikenali sebagai bangsa Ibrani dan setelah berada di Hijaz mereka mula melalui cara kehidupan seperti orang Arab dari aspek pakaian, bahasa dan peradaban.
Sehinggakan nama-nama kabilah dan individu mereka turut menggunakan bahasa Arab. Akhirnya mereka dapat menjalin hubungan perkahwinan dan persemendaan dengan bangsa Arab.
Akan tetapi mereka sangat berpegang dengan dengan keagungan sebagai bangsa Yahudi yang menyebabkan mereka tetap sombong dan bangga diri sebagai bangsa tersebut.
Iaitu fakta mengenai bangsa Yahudi yang tidak akan berubah yang sehingga hari ini menjadi identiti bangsa itu.
Justeru, mereka tidak menyerap ke dalam kehidupan seperti orang Arab secara total.
Ini kerana mereka menganggap bangsa Arab sebagai sangat lekeh sehingga mereka menggelarkan bangsa itu sebagai "masyarakat Ummi" yang bererti primitif dan sangat ketinggalan.
Malah lebih teruk lagi mereka turut menganggap bahawa harta benda orang Arab adalah harus untuk mereka. Atau lain perkataan boleh dirampas sesuka hati atau boleh mendapatkannya dengan apa cara sekalipun.
Ini sebagaimana yang diakui sebagaimana yang tercatat dalam al Quran yang bermaksud: "Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang ummi (Al Imran ayat 75)."
Sebagaimana yang dipertahankan oleh Yahudi sehingga hari ini, bangsa Yahudi di Tanah Arab ketika itu juga tidak mempunyai kemahuan atau minat untuk menyebarkan agama yang menjadi pegangan dan kepercayaan mereka selama ini.
Al Mubarakfuri menyebutkan paling besar bekalan agama yang bangsa itu miliki hanyalah berkisar dalam konteks al-Fa'il (sempena baik), ilmu hitam atau sihir, meniup tali, jampi mentera dan seumpamanya.
Disebabkan itu mereka beranggapan dan mendabik dada bahawa merekalah, bangsa yang paling memiliki ilmu, kemuliaan, kepimpinan dan kerohanian yang tinggi.
Maka atas sebab itukah Yahudi sebagaimana hari ini adalah bangsa yang sangat mahir dalam soal pekerjaan dan kehidupan.
Tetapi sebagaimana sejak zaman sebelum kedatangan Islam itu lagi, bangsa Yahudi diakui sangat mahir dalam soal pekerjaan terutamanya perniagaan dan kehidupan mereka yang lain-lainnya.
Mereka menguasai perniagaan terutamanya bijirin, kurma, minuman arak dan tekstil atau pakaian.
Mereka sangat giat melakukan perniagaan dengan mampu mengimport masuk pakaian, biji-bijian dan arak selain mengeksport buah-buah kurma yang bermutu tinggi dari Yathrib.
Maka dalam dunia perniagaan bangsa Yahudi akan mengambil keuntungan daripada para peniaga dan pembeli terutama dari bangsa Arab secara berlipat kali ganda sebagai satu cara penindasan dari aspek ekonomi.
Bagi memburukkan lagi keadaan bangsa Yahudi mempelopori dan menjuarai perniagaan berasaskan riba.
Antara caranya, mereka memberikan kepada para pembesar-pembesar Arab dengan pinjaman wang dan harta benda supaya para ketua terutamanya ketua-ketua kabilah Arab tersebut mendapat sanjungan, penghormatan dan kemuliaan terutama di kalangan penyair dan mendapat nama baik di kalangan para pengikut.
Petikan dari : http://www.utusan.com.my/

Monday, September 13, 2010
Fikir Sejenak...
Pedomanku
"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)Madahku
"kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi" Peganganku
"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."Kata-kata semangat
"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"
Firman ALLAH SWT
"Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)." (Surah Al-Balad: 4)
Sejarah Solat 5 Waktu
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.
Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
Sumber : darulnuman.com

Asar:

Maghrib:

Isyak:

Niat Dalam Solat Ketika Takbiratul Ihram
Sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita, melafazkan niat sebelum memulakan sembahyang. Malah ada yang melafazkannya dengan kuat sehingga mengganggu jema’ah di sebelahnya. Ini bertentangan dengan amalan Rasulullah SAW. Tidak ada nas sama sekali yang menunjukkan Rasulullah SAW melafazkan niat ketika memulakan sembahyang. Niat tidak dilafazkan. Dan tidaklah disebutkan dari Rasulullah SAW dan tidak pula ada petunjuk dari salah seorang sahabat bahwa niat itu dilafazkan. Niat bererti mensengajakan diri untuk sembahyang, menghambakan diri kepada Allah semata-mata, serta menguatkannya dalam hati. Rasulullah SAW bersabda: “Semua amal tergantung pada niatnya dan setiap orang akan mendapat (balasan) sesuai dengan niatnya.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain) (Rujuk kitab Al Irwa’, hadis no. 22). Abu Dawud bertanya kepada Imam Ahmad. Dia berkata, “Apakah orang sembahyang mengatakan sesuatu sebelum dia takbir?” Imam Ahmad menjawab, “Tidak.” (Rujuk kitab Masaail al Imam Ahmad hal 31 dan kitab Majmuu’ al Fataawaa XXII/28). As Suyuthi berkata, “Yang termasuk perbuatan bid’ah adalah was-was (selalu ragu) sewaktu berniat sembahyang. Hal itu tidak pernah diperbuat oleh Rasulullah SAW mahupun para shahabat beliau. Mereka dulu tidak pernah melafazkan niat sembahyang sedikitpun selain hanya lafaz takbir.” Malah Imam Syafi’i juga berkata, “Was-was dalam niat sembahyang dan dalam thaharah termasuk kebodohan terhadap syariat atau membingungkan akal.” (Rujuk kitab Al Amr bi al Itbaa’ wa al Nahy ‘an al Ibtidaa’). Maknanya, sesudah kita ambil wudhuk, kita mengadap ke arah kiblat. Lalu berniat dalam hati: “Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat raka’at tunai kerana Allah Taala.” (Sekadar contoh). Lalu kitapun bertakbir: Allahu Akbar. Tidak perlulah kita melafazkan “Usholli fardhu……………….” sebagaimana yang diamalkan oleh kebanyakan kita kerana amalan melafazkan niat ini bertentangan dengan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Ramai di kalangan kita, hanya tahu melafazkan niat tetapi tidak tahu pula makna yang dilafazkannya. Ada yang mengatakan bahwa niat itu adalah salah satu rukun dari rukun-rukun sembahyang maka hendaklah dimulai ketika mengangkat tangan takbiratul ihram sampai pada kata akbar, sebab rukun suatu amalan hendaklah berada di dalam amalannya.
Yang benar, niat adalah syarat semua amalan, bukan rukun dalam setiap amalan.
Contohnya ketika sembahyang. Rasulullah SAW bersabda kepada seorang lelaki yang rosak sembahyangnya: “Jika kamu bangkit hendak sembahyang, maka baguskanlah wudhukmu, kemudian mengadaplah ke arah kiblat lalu bertakbirlah, selanjutnya bacalah yang termudah bagimu dari Al-Qur’an.” (Hadis riwayat Imam Bukhari). Hadis ini sangat jelas menunjukkan bahwa Rasulullah SAW memerintahkan untuk memulai sembahyang dengan perintah “bertakbirlah”, bukan dengan “melafazkan niat” , dan tidak juga “bertakbirlah dan sertakan niat dalam takbirmu” (Hal ini banyak dilakukan oleh masyarakat kita di Malaysia. Menyertakan niat ketika melafazkan takbir! Maka kerana itulah kita dapati ada orang yang takbiratul ihram berulang kali atas alasan niat tidak masuk sewaktu takbir). Na’uzubillah… Tidak ada suatu dalilpun daripada para sahabat yang mengatakan bahawa niat itu perlu dilafazkan. Ini kerana maksud kalimat “Jika kamu bangkit hendak sembahyang…” sudah menunjukkan suatu maksud keinginan untuk sembahyang. Itulah yang disebut niat.
Kalaulah memang niat adalah rukun sembahyang yang memerlukan lafaz khusus, nescaya Rasulullah SAW mengajarkannya kepada para sahabat. Seperti halnya bacaan tahyat. Ibnu Mas’ud RA berkata: “Rasulullah SAW mengajarku tahyat dan tanganku berada di antara kedua tangan beliau, sebagaimana beliau mengajarku Surah Al-Qur’an.” Sungguh sangat disayangkan adanya orang yang dihinggapi rasa was-was. Mereka terlihat seringkali dalam sembahyang mengulang-ulang takbiratul ihram, bahkan sampai imam telah rukuk pun ia belum selesai bertakbiratul ihram. Alasannya, kerana niat belum masuk ketika takbiratul ihram. Astaghfirullah……. Munculnya pendapat bahwa sembahyang wajib melafazkan niat dengan lisan adalah dari kesalahan fahaman Abdullah bin Az-Zubairy dalam mentafsir ucapan Imam As-Syafi’i: “Jika seseorang berniat haji atau umrah maka sudah cukup, walaupun tidak dilafazkan. Berbeza dengan sembahyang, tidak sah kecuali dengan ucapan.” Abdullah Az-Zubairy mengatakan bahwa Imam As-Syafi’i mewajibkan lafaz niat ketika mahu memulakan sembahyang”.
Imam An-Nawawi menuturkan: Para sahabat kami berkata: “Telah tersalah orang ini (Abdullah Az-Zubairy), bukanlah yang dimaksud Imam As-Syafi’i dengan ‘ucapan’ itu niat, tetapi yang dimaksudkan adalah takbir.”
Jadi, menisbatkan ‘Usholli’ kepada Imam As-Syafi’i itu tidaklah benar. Kalau memang ada ulama’ yang berpendapat seperti itu, maka seharusnya perkataan (sabda) dan amalan Rasulullah SAW wajib didahulukan, berbanding qaul para ulama’. Dan inilah dalil yang shahih, akan tetapi ramai di kalangan kita tidak memerhatikan dalil ini dengan akal yang terbuka. Kita jadi tahsub semberono tanpa berpandukan kepada nas dan dalil Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW.

Tuesday, August 31, 2010
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Syukur pada Allah, kita dapat menikmati kemerdekaan hingga sekarang. Setelah pelbagai ranjau negara kita lalui, kita telah berjaya menempatkan negara di tempat yang tertinggi. Sepanjang negara kita merdeka, pernah tak kita bertanya pada diri kita, apa yang telah kita sumbang pada negara? Jangan ditanya apa negara telah beri pada kita, tu silap. Kenapa? Janganlah kita menjadi manusia yang tidak bersyukur atas kemakmuran yang kita dapat sekarang, jangan kita nodai rahmat kemakmuran yang kita kecapi sekarang. Tidakkah kita punya akal untuk berfikir apa yang terjadi pada negara lain yang kucar kacir, huru hara. Maukah kamu berada dalam situasi itu? Fikirkanlah. Sebagai manusia yang Allah jadikan sebagai khalifah, mari kita isi kemerdekaan ini dan bukan menghancurkan kemerdekaan. Moga kita sama-sama sedar akan tanggungjawab kita sebagai warganegara Malaysia. Bersyukurlah kita mempunyai negara dan bersyukurlah Dia telah bagi rahmat yang tak terhingga pada kita. Jadi, ayuh kita gembeling tenaga, akal fikiran untuk memacu negara kita ke tahap lagi tinggi, sekaligus membawa kembali kegemilangan yang pernah kita kecapi 1 masa dulu. Wallahualam.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Wednesday, August 25, 2010
Abu Zar yang pemurah
ABU Zar al-Ghifari adalah seorang sahabat Nabi Muhammad yang berfahaman keras. Beliau terkenal dengan ilmu pengetahuan. Pernah dilaporkan oleh Ali bin Abu Talib bahawa Abu Zar mempunyai ilmu yang tidak dimiliki oleh orang lain.
Abu Zar seorang yang berani. Beliau mengisytiharkan pengislamannya di hadapan Kaabah. Pada ketika itu orang-orang kafir yang menyekutukan Allah mendengar akan kedatangannya. Mereka datang bagi membunuhnya. Kemudian Abu Zar dibantu oleh bapa saudara Nabi Muhammad iaitu Abbas. Abbas memeluk Abu Zar daripada di pukul oleh orang kafir Quraisy.
Menurut cerita, orang kafir itu tidak mengenali Abu Zar. Selepas mereka mengetahui yang Abu Zar adalah dari puak Ghifar, barulah mereka membiarkan dan tidak memukulnya lagi.
Ghifar adalah satu kawasan yang menjadi laluan perjalanan kabilah-kabilah Quraisy semasa hendak ke Syria. Membunuh Abu Zar bermakna mereka tidak dapat berdagang di situ lagi. Malah puak Ghifar bakal menyerang hendap kabilah mereka.
Abu Zar juga seorang yang bersifat takwa dan tabah. Pada masa khalifah Usman, beliau diarahkan supaya berpindah ke kawasan padang pasir yang bernama Rabzah. Beliau tidak suka kepada kekayaan. Beliau sentiasa menentang golongan kaya.
Abu Zar menyara kehidupannya dengan memelihara beberapa ekor unta. Beliau juga mempunyai orang suruhan yang sudah tua.
Pada suatu hari, seorang orang kampung daripada Bani Sulaim datang berjumpa dengannya.
Orang itu berkata: "Saya mahu tinggal bersama tuan. Saya mahu belajar ilmu-ilmu yang tuan ada mengenai perintah Allah dan sunah Nabi Muhammad. Saya sanggup membantu orang suruhan tuan menjaga unta-unta tuan."
Abu Zar memang seorang yang tegas. Beliau mempunyai prinsipnya yang tersendiri. Lalu Abu Zar berkata: "Saya tidak dapat mengambil sembarangan orang tinggal bersama saya, kecuali dengan satu syarat. Kamu perlu ikut segala arahan saya."
Mendengar jawapan tersebut, lelaki dari Bani Sulaim itu bertanya: "Apakah syaratnya? Saya cuba patuh kepada kemahuan tuan itu."
Kemudian Abu Zar berkata: "Kamu harus menuruti arahan saya. Sekiranya saya menyuruh kamu membelanjakan harta saya, maka kamu perlu membelanjakan harta itu dengan cara yang terbaik."
Orang dari Bani Sulaim itu merasakan bahawa syarat yang diberikan oleh Abu Zar mudah dilakukan. Beliau menerima syarat tersebut. Akhirnya, beliau tinggal bersama Abu Zar.
Pada suatu hari, orang dari Bani Sulaim itu mendengar berita bahawa ada orang miskin berkhemah berhampiran tempat itu. Mereka sangat memerlukan makanan. Selepas mendengar berita itu, Abu Zar menyuruh orang dari Bani Sulaim menyembelih untanya dan memberi makanan kepada orang miskin tadi. Orang dari Bani Sulaim itu pergi memilih unta.
Unta pertama yang dipilih sangat jinak. Baginya unta itu sesuai bagi tunggangan Abu Zaar. Lalu dia tidak menyembelih unta pertama itu. Kemudian beliau memilih unta yang kedua. Unta yang kedua itu juga baik cuma berbeza dengan yang pertama.
Melihat unta itu, Abu Zar berkata: "Kamu tidak menepati janji yang kamu buat kepada saya sebelum ini."
Selepas mendengar penjelasan Abu Zar, orang dari Bani Sulaim itu berpatah balik dan mengambil unta pertama yang dipilihnya tadi. Unta itu adalah yang terbaik diberi makan kepada orang miskin.
Abu Zar menyuruh dua orang menyembelih unta tersebut. Beliau juga berpesan kepada tukang sembelih unta itu supaya membahagikan daging sama rata kepada orang miskin tadi. Beliau juga berpesan supaya meninggalkan satu bahagian yang sama bagi keluarganya.
Kemudian Abu Zar memanggil orang dari Bani Sulaim itu. Beliau bertanya: "Adakah kamu sengaja mengingkari arahan saya atau kamu sebenarnya terlupa dengan arahan saya itu?"
"Saya tidak terlupa. Saya sebenarnya merasakan bahawa unta pertama itu sesuai bagi kenderaan tuan. Unta itu sangat jinak. Tuan amat memerlukannya. Manakala unta kedua sesuai dijadikan makanan dan diberikan kepada orang miskin itu," jawab orang dari Bani Sulaim itu.
Abu Zar berkata lagi: "Saya beritahu kamu bilakah sebenarnya saya memerlukan harta itu? Iaitu semasa saya berada di dalam kubur. Ada tiga perkara yang berhak ke atas harta saya itu.
"Pertama, takdir. Tiada sesiapa yang berhak menghalangnya sama ada baik atau buruk. Harta itu tetap diambilnya.
"Kedua, pewaris harta itu. Mereka hanya menunggu saat kematian saya. Selepas saya mati, mereka bakal memperoleh harta itu. Ketiga ialah diri kita sendiri. Sekiranya kita dapat menguruskan harta itu, kita tidak perlu berkongsi dengan dua perkara tadi. Kita perlu menguruskan harta itu dengan sebaik mungkin."
Bagi Abu Zar, beliau tetap memberikan harta yang paling disayanginya kepada orang yang memerlukannya sebagai bekalan hari selepas kematiannya. Orang dari Bani Sulaim itu memahami penerangan Abu Zar.
Oleh yang demikian kita perlu membelanjakan harta kita ke jalan yang disukai oleh Allah. Barang yang mahu kita berikan kepada orang lain adalah dari barang yang paling kita sayang.
lPetikan daripada buku Sayap dari Syurga PTS Publications.

Tuesday, August 17, 2010
Ramadhan, Bulan Pesta Ibadat
Ramadhan, Bulan Pesta Ibadat
Ramadhan yang mulia kini tiba lagi, penghulu segala bulan. Di bulan ini jugalah Allah menurunkan Al-Quran, kalam Allah. Kenapa pesta ibadat? Jika hari Jumaat, penghulu segala hari, Allah menggandakan pahala dan amalan, ni kan pula bulan Ramadhan. Semua pintu neraka ditutup, dibukakan Allah pintu syurga. Pada bulan ini, tiada seksa kubur, syaitan - syaitan di ikat. Maka, mari kita gunakan bulan yang penuh rahmat ini untuk melipat gandakan amalan kita. Kerana kita tidak tahu bilakan lagi kita akan bersua pada bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini lagi. Mari kita mendidik diri kita menjadi lebih rapat kepadaNya. Mari kita perbanyakkan zikir, sedekah malah berbuat baik pada semua makhluk ciptaan Allah. Janganlah posa ini cuma menahan lapar dan dahaga tapi kita gagal mendidik jiwa kita ke arah lebih baik. Ingatlah, walau kita melalui jalan dan liku yang berbeza, tapi destinasi kita tetap sama. Di dunia ini, cuma pentas kita diuji, macam peperiksaan la juga, menentukan ke mana arah kita lepas tu. Jadi, sempena bulan Ramadhan ini, mari kita perbanyakkan amalan ya. Salam Ramadhan.

Monday, July 26, 2010
Bertemu dan Berpisah
Bertemu dan berpisah
Adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa
Adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa
Saturday, July 24, 2010
Ayat Terakhir Dari Seorang Sahabat....
Ayat di bawah ini diberikan oleh seorang sahabat dari seorang sahabat yang telah pergi bertemu Ilahi kerana penyakit kanser... Sahabatku, bersama kita renungkan...
Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu yg mencipta segalanya,yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu,yang membuatkan keinginanmu terhalang,serta menyusahkan hidupmu...PASTI damailah hatimu,KERANA masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia... Bukan ALLAH tidak tahu deritamu,retaknya hatimu,TAPI mungkin itulah yg Dia mahukan...DIA tahu hati yang sebeginilah yg selalunya lebih lunak dan mudah utk dekat serta akrab dengan-NYA

Warga Malaysia Pertama menjadi Penyanyi J-Pop di Jepun
Bagi sesiapa yang mengenali jejaka bernama Aizdean, tentu tidak ramai yang mengenali tapi tidak di Jepun. Jejaka ini masih lagi belajar di Jepun di bawah tajaan JPA. Dengan kemampuannya menguasai bahasa Jepun dengan baik malah kemampuannya untuk menyanyi, tidak hairan dia disunting di bawah Hudson Music Entertainment sebagai artis naungan mereka. Berikut adalah beberapa tajuk Single Aizdean yang popular :-
- [2009.07.07] I Need You Baby/ONE
- [2009.08.31] I Need You Baby ?A Cry Out of The Soul?
- [2009.12.16] Don’t Go Away/Yell ?Won’t Let You Go?

KAWAN Yang Dilupakan
Semua orang perlukan kawan dan tidak mampu hidup tanpa kawan. Tanpa kawan, tentu hidup ni seolah tidak sempurna dan kosong. Kawan ibarat tukang besi dan tukang minyak wangi. Apabila berdamping dengan si tukang besi, kita akan terasa panasnya membuat besi tu dan akan melekat serba sedikit kesan panas maupun bau nya. Perkara yang sama apabila berdamping dengan si tukang minyak wangi. Walau tidak beli minyak wangi tu, bau wangi akan tetap melekat pada diri kita.
Kenapa 'kawan' yang dilupakan? Apabila kita mengenali seseorang dan kita cuma berkongsi saat-saat itu sahaja sekadar untuk mengisi masa saja dan tiada keinginan untuk hubungan itu untuk berkembang. Seterusnya, hubungan itu hanya mati di situ sahaja. Hal ini terjadi apabila salah seorang maupun kedua - dua pihak tidak ingin hubungan itu untuk berkembang dan bersambung.
Ramai orang tidak melihat kawan sebagai 1 anugerah. Kenapa anugerah? Dari kawan lah kita mengenal diri kita dan seterusnya membentuk diri kita menjadi apa diri kita. Yang penting, ambillah yang baik dan buang yang tidak. Tiada manusia yang sempurna dan kita takkan mampu jadi sempurna tapi kita boleh jadi yang terbaik. Tak dapat dinafikan akan ada salah faham dan pergaduhan dalam tempoh seseorang tu berkawan tapi kenapa bila nak jernihkan yang keruh, tetap tak mahu jernih sepenuhnya?? Cuma diri masing-masing yang mampu menjawab.
Kita tidak lihat kawan sebagai 1 ukhwah sesama saudara tapi lebih sekadar 'kawan' yang seterusnya dilupakan dan ditinggalkan. Ikhlaskan hati dalam ukhwah sebagai kawan sekalipun. Jika tidak bagaimanalah ukhwah yang baru berkembang sebagai kawan ini ingin bercambah menjadi sahabat dan teman sejati jika beginilah cara sebuah ukhwah dilayan??? Kepada semua kawan-kawanku, sama-samalah kita berusaha membentuk diri kita menjadi insan lebih baik. Kita tidak tahu bila Dia akam memanggil kita kembali, jadi hargailah apa kita ada, baik keluarga maupun kawan-kawan. Seandainya ada khilaf mana-mana, dimohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Moga ukhwah ini akan terus berkembang dan janganlah ukhwah yang terjalin selama ini terputus.

Subscribe to:
Posts (Atom)