Monday, December 5, 2011

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura


14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura 
(10 Muharram, bersamaan 6 Disember 2011)
 
 
1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2 
fadhilat 
- Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 

2. Memuliakan fakir miskin 
fadhilat 
- Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 

3. Menahan marah 
fadhilat
 - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha. 

4. Menunjukkan orang sesat 
fadhilat
 - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya. 

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim 
fadhilat
 - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya. 

6. Bersedekah 
fadhilat
 - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini. 

7. Memelihara kehormatan diri 
fadhilat
 - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. 

8. Mandi Sunat 
fadhilat
 - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu 
lafaz niat : 
'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala' 

9. Bercelak 
fadhilat
 - tidak akan sakit mata pada tahun itu. 

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali 
fadhilat
 - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti. 

11. Sembahyang sunat empat rakaat 
fadhilat
 - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. 
lafaz niat : 
'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala' 
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali. 

12. Membaca 
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru' 
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini . 

13. Menjamu orang berbuka puasa 
fadhilat
 - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 

14. Puasa 
Niat - 
'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala' 
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. 

Insya'allah.. 

Friday, November 25, 2011

Bulan-Bulan Islam

1 Muharram bakal menemui kita beberapa hari sahaja lagi. Di kesempatan ini, apa kata kita melihat semula apakah bulan-bulan yang ada dalam kalender Islam. Selain itu, kita akan melihat juga perkara menarik di sebalik setiap bulan.

(Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa). (Surah Al-Taubah : 36)

Dua belas bulan yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith yang telah diceritakan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a bahawa Rasulullah SAW memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata:

Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Bulan dalam bahasa Arab disebut "Al-Syahru" bermaksud bulan yang merujuk kepada bulan-bulan yang terdapat dalam Islam yang dipanggil bulan-bulan Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yang pertama adalah bermula ketika Nabi Muhammad SAW serta umat Islam telah sampai dan berhijrah ke Madinah. Nama-nama bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah dirasmikan penggunaannya oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah seperti berikut :


Muharram
Muharam  ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.


Safar
Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.


Rabiulawal dan Rabiulakhir
Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.


Jumadilawal dan Jumadilakhir
Jumadilawal (Jumada al-Awwal)  dan Jumadilakhir (jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.


Rejab
Rejab adalah bulan ke-7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka'bah dibuka.


Syaaban
Syaaban bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.


Ramadhan
Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.


Syawal
Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.


Zulkaedah
Zulkaedah merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari 'Qa 'ada' yakni duduk.


Zulhijjah
Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti "yang empunya haji". Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka'bah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah.

Tuesday, November 8, 2011

Cara Jimatkan Minyak Ketika Memandu

Sedikit tips penjimatan minyak semasa memandu

1) Jangan Berhenti secara tiba-tiba.
Jangan berhenti secara tiba-tiba kerana tenaga yang digunakan untuk memberhentikan kereta secara tiba-tiba lebih banyak berbanding berhentikan kereta secara perlahan.

Kalau kat traffic light tu, agak-agak lampu da nak merah, perlahankan kenderaan dengan melepaskan minyak perlahan-lahan sebelum menekan brek.

2) Elakkan menaikkan kelajuan dengan terlalu perlahan.
Kajian menunjukkan penggunaan minyak lebih tinggi apabila mencapai kelajuan 50 batu/jam dalam masa 30 saat berbanding 15 saat. Mungkin ada antara kita berfikir menggunakan gear rendah akan menjimatkan minyak, ianya betul tetapi apabila ia mencapai had kelajuan pada gear tersebut, penggunaan minyak akan bertambah.

3) Tutup Tingkap dan Gunakan Pendingin Hawa (Air-Con).
Sekiranya anda suka memandu dengan laju, langkah yang boleh diambil untuk menjimatkan minyak adalah dengan memasang air-con dan tutup tingkap. Bila tingkap dibuka, kereta anda akan jadi kurang aerodynamic dan akan membantutkan sedikit pecutan kereta.

Kajian juga menunjukkan penggunaan Air-con ketika memandu laju menggunakan lebih sedikit minyak berbanding ketika memandu perlahan.
Jadi, bila bawak perlahan, bukaklah tingkap..bila bawak laju..pasanglah Air-con

4) Jangan Gunakan Gear Neutral Ketika Turun Bukit.
Mungkin anda akan tertanya-tanya kenapa tak boleh guna gear neutral? bukan ke gear neutral lagi jimatkan minyak.. Sebenarnya anda sedikit silap. Kerana kebanyakan kereta terkini dilengkapi dengan Deceleration Fuel Cut-off yang dikawal oleh komputer.

Apabila anda turun bukit tanpa meneutralkan gear dan anda tidak memijak pedal minyak, alat yang ‘menyuntik’ minyak tersebut ke dalam enjin akan tertutup sendiri. tetapi tayar masih lagi berjalan dan tiada penggunaan minyak semasa keadaan tersebut.

Lagipun, adalah amat berbahaya meneutralkan gear semasa menuruni bukit.

5) Bijak Dalam Penggunaan Gear.
Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran petrol kerana tekanan terhadap enjin menjadi terlalu tinggi. Gunakan mod `ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.

Pemanduan dengan kadar yang laju pada gear rendah boleh meningkatkan penggunaan minyak sehingga 45 peratus dari yang sepatutnya. Penggunaan kenderaan bertransmisi manual, membolehkan anda menjimatkan minyak.

6) Tayar Diisi Dengan Tekanan Angin Yang Betul.
Tekanan angin mesti betul. Tekanan angin yang tidak mengikut spesifikasi mengakibatkan penggunaan minyak ertambah 5 peratus. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak.

Jangan biarkan tayar kurang tekanan angin kerana ia menyebabkan kereta dipandu lebih berat dan ini tidak menjimatkan minyak.Tekanan tayar yang kurang menyebabkan menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 35 peratus.

Periksa dan tetapkan tekanan tayar mengikut spesifikasi kenderaan anda sekurang-kurangnya sebulan sekali.

7) Memandu Dengan Kelajuan Yang Sesuai.
Sikap dan cara pemanduan kerana banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Jangan gopoh dan membuat sesuatu secara mengejut. Misalnya ketika menuju ke plaza tol atau membelok di selekoh tajam, jangan sesekali menukar gear (misalnya gear 5) terus kepada gear rendah dan brek secara mendadak.

8 ) Kurangkan Berat/Bebanan Kereta.

Anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan minyak melebihi tahap biasa. Jadi, jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor).

Perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2 peratus.

9) Kurangkan Kelajuan.
Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan(dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) meningkatkan penggunaan minyak. Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).

10) Matikan Saja Enjin Kereta Jika Menunggu.
Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang. Menunggu suami, isteri atau kawan yang singgah di kedai runcit untuk membeli barangan kadang kala boleh menjadi terlalu lama.

Ini mungkin kerana terdapat ramai pelanggan di kedai tersebut. Jadi, buka tingkap kereta dan matikan sahaja enjin untuk menjimatkan minyak kereta anda.

With The Heart To Forget You

With the heart to forget you
As I close the door to my empty room
Your scent that still remains
Has filled my empty room

I lay down and look at the ceiling
And you shimmer before my eyes
And when I try to forget that image
The silent dew drops fall from my eyes

If I just bury those past memories
That will just be that
But why am I staying up all night
Not being able to forget them?

When the awaited dawn comes through my windowsill
In my room that has gotten bigger than yesterday
On the white, bright glass I write
I love you

The endless stars that shine in the night sky
They are so beautiful but
The only star that shines in my heart
Is you

When the awaited dawn comes through my windowsill
In my room that has gotten bigger than yesterday
On the white, bright glass I write
I love you

On the white, bright glass I write
I love you

Thursday, October 6, 2011

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT

Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"



BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi      kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang
   dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah
   meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10.Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada
   penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik

Thursday, July 21, 2011

Aku Manusia

Walau semenjak kita bertemu
Aku tak pernah sedikitpun bicara padamu
Namun saat itu aku yakin kau sungguh orang yang lembut
Tak cukup sampai disitu pujianku untuk mu waktu itu
Kupuja kau hingga aku merasa tak patas bersanding sebagai temammu
Saat itu hanya satu keyakinanku padamu
Kau yang pantas menjadi teman sehatiku
Hari pun berlalu tanpa aku sadari itu
Berbagai ujian yang ku alami,
Aku belum mendekatimu,
Tapi ….
AJAIB!!!!!
Hanya karna seuntai kalimat, aku bisa dekat denganmu
Petang itu serasa mendapat 1000 bunga mawar
Yang mampu menghiasi seluruh ruang dihatiku
Terlepas oleh itu semua,
Ternyata kau hianati aku
Pudarkan senyumku, patahkan semangatku
Tak hanya satu bunga yang kau buat layu
Namun semua bunga pemberinmu dan bahkan bunga-bunga yang tak bersalah Ikut layu.
TEGANYA KAMU!!!!!
Kini bukanlah seribu bunga mawar yang menghiasi relung hatiku
Namun petir dan hujan yang slalu menggenangi hatiku ini
Bayangan rasaa bersalah terus membayang-bayangi tidur malamku
Dia telah buat aku terpuruk,
Mengapa aku harus menyesalkannya?
Ini bukan salahku
Karna aku manusia yang memang wajar jika berbuat salah
Kata-kata kasar bertubi-tubi terlontarkan untukku
Serasa paku yang menusuk didadaku
Dalam hatiku hanya bisa menangis dan berseru
“ apa salahku?”
“aku bukan besi yang kuat menahan hinaan tanpa luka sedikitpun”
“aku bukan angin yang bisa menahan cacian dan pergi meninggalkan tanpa menghiraukannya begitu saja”
“aku manusia, tak mungkin luput dari kesalahan”

by: Jamilatul Mala

Aku Manusia Hina

Aku ini manusia yang begitu hina
Dosa yang tercipta begitu tak terhingga
Bagaikan buih di lautan
Kehidupanku hanya turutkan nafsuku
Kujadikan dunia laksana di surga
Apa yang aku mau
Apa yang aku inginkan
Aku lakukan
Tak peduli itu larangan
Semua itu tak ada urusan
Kehidupanku masih panjang
Aku masih muda
Hura-hura dulu
Baru bertobat dimasa tua

Kini apa
Aku baru sadar
Semua yang aku lakukan
Kesalahan yang tercipta
Membuat Tuhanku murka
Hingga aku hanya bisa
terbaring disini
Menunggu datangnya malaikat
Mengantarkan aku kembali pada-Nya
Yang hanya tinggal beberapa saat lagi


Sumber:http://1000puisi1cinta.blogspot.com/2011/03/aku-manusia-hina.html 

Monday, June 27, 2011

Dipererlihat 10 seksaan wanita

KETIKA peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w dibawa menaiki buraq menuju ke Kaabah untuk proses pembersihan hati.
Nabi Muahammad s.a.w turut mengalami pelbagai peristiwa, antaranya dada Baginda dibedah malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dada Rasulullah.

Selepas itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimun nubuwwah". Selesai pembedahan, baginda menaiki Buraq meneruskan perjalanan luar biasa itu. Semasa perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, sepanjang perjalanan itu Rasulullah diiringi malaikat Jibrail dan Israfil.
Tiba di tempat mulia dan bersejarah Rasulullah diarah Jibril supaya berhenti dan bersolat dua rakaat.

Antara tempat-tempat berkenaan ialah negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah, Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu daripada Allah serta Baitul-Laham iaitu tempat Nabi 'Isa a.s dilahirkan.

Dalam perjalanan itu, Baginda menghadapi gangguan jin ifrit dengan obor api. Peristiwa itu memperingatkan kepada kita syaitan dan iblis tidak jemu menyesatkan dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.
Dalam perjalanan Rasulullah ke Masjidil Al-Aqsa, Baginda melihat beberapa gambaran antara langit dan bumi. Antara pelajaran yang dapat diambil dari peristiwa itu ialah mengenai wanita. Rasulullah s.a.w melewati satu daerah yang mana baunya sangat harum seperti bau kasturi. Baginda bertanya kepada Jibril, daerah apakah yang sedang mereka lewati. Jibril menjawab: ''Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga.'' Dia adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah yang kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah memiliki semangat dan jiwa keIslaman kuat hingga mampu mengenepikan keangkuhan Firaun. Kerana kekejaman Firaun, dia dan yang lainnya terpaksa menyembunyikan keimanan mereka. Pada suatu hari, ketika Masyitah menyisir rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, dia menyebut nama Allah. Ketika sang puteri mendengarnya, bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu? Masyitah pada awalnya enggan menjawab, tetapi setelah didesak berkali-kali, dia akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.

Puteri itu mengadu hingga menyebabkan Firaun sangat marah mengetahui Masyitah menyembah tuhan selain dirinya. Masyitah dipaksa Firaun agar mengakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan. Tetapi dengan penuh keberanian dia berkata: "Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah." Kata-kata tersebut menimbulkan kemarahan Firaun. Lalu dia memerintahkan menterinya, Hammam, agar membuat patung sapi dari tembaga dan diisi minyak untuk merebus Masyitah dan keluarganya.
Ketika tiba giliran bayinya dimasukkan ke patung sapi, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada keinginan Firaun kerana sangat sayang kepada anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah terjadinya kejadian luar biasa. Secara tiba-tiba bayi itu dengan fasih berkata: "Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di jalan yang benar." Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan ''Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa''. Lalu semuanya syahid dibunuh Firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini diperingati setiap tahun oleh seluruh manusia melalui peristiwa Israk dan Mikraj. Dalam perjalanan terbabit Baginda diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita hingga Rasulullah s.a.w menangis apabila mengenangkannya. Di antaranya perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya dari pandangan lelaki lain.

Seksaan lain ialah perempuan yang digantung dengan lidah, tangannya dikeluarkan dari punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan perkataan.

Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pohon zakum dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa izin dari suaminya.

Ada pula perempuan yang diikat kedua kakinya serta kedua tangannya sampai ke ubun-ubun, dililit oleh beberapa ekor ular dan kala jengking. Itu adalah balasan kepada perempuan yang mampu solat dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak wuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa izin suaminya dan tidak mandi bersuci setelah haid dan nifas. Baginda kemudian melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri sedangkan di bawahnya ada api yang menyala. Golongan itu adalah perempuan yang berhias agar dilihat oleh lelaki lain dan suka menceritakan keburukan orang lain. Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka membanggakan diri sendiri agar orang melihat perhiasannya. Selain itu, baginda turut menyaksikan seksaan terhadap perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keledai. Mereka suka mengadu domba dan sangat suka berdusta. Ada juga perempuan yang Baginda lihat, wajahnya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya lalu keluar melalui duburnya. Ia adalah akibat daripada perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Dipererlihat10seksaanwanita/Article

Thursday, June 23, 2011

Kenikmatan menjadi orang Tuhan

PERINTAH menunaikan solat adalah ketetapan daripada Allah. Ia bukannya datang daripada ciptaan atau direka-reka oleh manusia. Sebenarnya jika kita benar-benar fahami dan amati solat itu cukup hebat.

Kita akan dapat bersandar kepada kehebatan-Nya. Satu Zat yang tidak dapat dibayangkan kebesaran-Nya, tetapi terasa kebesaran-Nya.

Maka di situ cukup terasa kesempurnaan Allah.

Kita boleh minta apa sahaja daripada Allah dan Dia pasti memenuhi permintaan hamba-Nya. Solat itu satu modul Iengkap untuk mendidik hati dan jiwa manusia.



Dalam solat ada ubat, pil, tonik dan vitamin untuk menyembuhkan penyakit rohani dan membina peribadi yang kuat, gagah dan agung.



Boleh timbul pelbagai kekuatan bagi individu atau sesuatu bangsa hasil dari solat dengan syarat ada ilmunya dan faham, bahkan solat itu benar-benar dijiwai dan dihayati.

Berikut adalah beberapa contoh bagaimana solat dapat membina sifat positif:


1. Rajin - Sifat yang berlawanan dengan rajin ialah pemalas


Pemalas sangat dibenci Tuhan. Untuk menjadi bangsa yang kuat, kita kena rajin. Sifat rajin tidak boleh dilakonkan atau dibuat-buat. Ia mesti ada pemangkin atau pendorong yang bersifat rohaniah.


Di dalam solat kita memuja dan memuji Tuhan. Kita akui Allah Maha Suci, Tuhan pentadbir dunia dan akhirat. Hati kita rasa bertuhan, rasa Tuhan itu besar.


Kita rasa, Tuhan Maha Melihat, Tuhan itu ada dan Tuhan sentiasa berperanan dalam hidup kita. Kita juga membuat janji dan ikrar yang semua solat, ibadat, hidup dan mati kita hanya untuk Tuhan.


Solat dan ibadat dipisahkan walhal solat pun ibadat juga. Itu tandanya solat itu ibadat penting, utama dan pertama dari ibadat lain, sama ada yang wajib atau sunat.


Kita bertungkus-lumus melakukan semua ibadat. Hidup dan mati itu pula merangkumi aktiviti yang tidak ditentukan. Boleh jadi ia perkara ibadat, boleh jadi tidak.


Makan, rehat dan tidur boleh dijadikan ibadat ataupun tidak. Tetapi kita berikrar, perbuatan yang harus pun hendak kita menjadikannya ibadat. Jadi mana boleh rehat-rehat.


Kita kena aktif, sentiasa bertenaga dan bergerak. Ini dia perkara dalam solat yang membuatkan kita cergas dan aktif, rajin dan sentiasa bergerak.


Segala macam perkara yang menjadi ibadat kita lakukan. Perkara yang harus pun kita jadikan ibadat. Maknanya solat itu membunuh sifat kemalasan.


Orang yang kuat hubungannya dengan Allah, dia mesti banyak berhubung dengan manusia. Jika betul takut dan cinta Tuhan, akan bertambah cinta kepada manusia. Itu sepatutnya natijah atau hasil dari solat.


2. Berjiwa besar


Hasil dari solat ialah rasa beriman dan bertakwa. Kalau itu yang kita rasa, akan timbul rasa berjiwa besar. Sebab orang yang beriman dan bertakwa itu, Allah kata (maksudnya): “Dia orang Aku.” Kalau seseorang itu sudah menjadi orang Tuhan, Tuhan janjikan untuknya pelbagai perkara dan Tuhan tidak mungkir janji. Janji Tuhan pasti Tuhan tepati.


Apa janji Allah kepada orang mukmin, orang bertakwa dan orang yang sudah menjadi orang Tuhan? Tuhan janjikan kepadanya keselamatan, kewangan, kehidupan, kepandaian dan kemenangan.


Tuhan mempunyai ramai rijal yang ghaib. Angin, air dan bermacam-macam lagi adalah tentera Tuhan. Allah boleh arah mereka bertindak.


Kalau begitu keyakinan kita hasil dari solat, dari solat itu kita akan beroleh jiwa yang besar. Orang yang sudah menjadi orang Tuhan, ada sesuatu yang paling besar pada dirinya yang tidak ada pada ciptaan lain.


Orang melihat gunung, tidak ada yang masuk Islam. Orang tengok laut, tidak ada yang menangis kerana berasa insaf dengan kebesaran Tuhan.


Tetapi dengan melihat orang yang bertakwa, manusia boleh masuk Islam tanpa banyak hujah. Bila tengok sahaja orang bertakwa, tergerak hati mereka hendak bertaubat kepada Allah.


Orang bertakwa itu adalah ciptaan Tuhan yang paling hebat. Orang boleh terpukau dengannya. Dia pemaaf, berkasih sayang, suka mengutamakan orang lain, belas kasihan dan kalau ada orang buat jahat padanya, dibalasnya dengan kebaikan.


Dia tidak boleh tengok orang susah. Apabila tengok orang pasti dibantunya kerana dia simpati dengan kesusahan itu. Orang yang berjiwa besar sentiasa mahu melahirkan tanda kebesaran Tuhan pada dirinya.


Tuhan Maha Pemurah, dia pun mahu jadi pemurah. Tuhan buat baik pada orang yang buat jahat pada-Nya, dia pun mahu buat baik pada orang yang buat jahat padanya.


Betapa tidak, orang sekutukan Tuhan, maki Dia, mengata Dia, tolak suruhan-Nya, tidak solat, berjudi, minum arak, tetapi Tuhan tetap layan mereka. Tuhan tetap bagi makan minum, anak dan isteri kepada mereka.


Maha Besar Tuhan yang menghadiahkan solat. Siapa yang menghayatinya, dia akan berjiwa besar. Bangsa yang menghayatinya akan menjadi bangsa yang berjiwa besar.


Source: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KenikmatanmenjadiorangTuhan/Article/index_html

Wednesday, June 15, 2011

Terapi Jalan KAKI

8 penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki


Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.

Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki tersebut.

1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.
2. Stroke : Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Healthyang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.
3. Membakar Lemak : Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar,
kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.
4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.
5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanker yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.
7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).  Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.
8. Depresi : Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi.

“Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.” 

Aktifkan Dirimu dengan DOA!!

Tuesday, June 14, 2011

Antara Dua Cinta - Raihan

Lagu dan lirik yang menyimpan seribu erti...


Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh

Wednesday, June 1, 2011

Quotes...Mari Kita Tenung...

"Great people talk about ideas.
Average people talk about things.
Small people talk about other people"
--Anonymous

Kita dalam kategori mana? Kita yang memilih dan menentukan.

Tuesday, May 24, 2011

Kebaikan Itu Terhimpun Dalam 4 Perkara

Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam empat perkara: 
  1. Percakapan, 
  2. Diam, 
  3. Pandangan, 
  4. Gerak. 


Percakapan yang tidak di sertai dengan mengigati Allah itu sia-sia..

Diam yang tidak di sertai dengan memikirkan kebesaran Allah itu leka..

Pandangan tidak di sertai dengan iktibar itu lalai..

Gerak laku yang tidak di sertai dengan rasa kehambaan itu kosong..

Dirahmati hidupnya bagi orang-orang yang menjadikan;

Percakapan sebagai
zikir

Diam sebagai tafakur

Pandangannya sebagai iktibar

Gerak laku sebagai perhambaan
buat yg ESA

Thursday, May 19, 2011

Cara Nabi jaga kesihatan diri

BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.

Mari kita amati dan amalkan cara hidup sihat Nabi Muhammad s.a.w. Bukan bermakna baginda terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja.


Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.

Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpenyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:






Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.


Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.


Aktif menjaga kebersihan

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.


“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)


Tidak pernah makan berlebihan

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)


Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.


Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.


Gemar berjalan kaki

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.


Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.


Tidak pemarah

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.


Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.


Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah

di hati.

Optimis dan tidak putus asa

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.


Tidak pernah iri hati

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”


Pemaaf

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.


Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.


Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya. 

Sumber: Harian Metro