Thursday, January 17, 2013

Taman Syurga


Sabda Rasulullah s.a.w:”Apabila kamu melintasi taman syurga hendaklah kamu berhenti singgah” Para sahabat bertanya:”Apakah itu taman syurga?”Jawab baginda:”Majlis Zikir.”
(at-Tirmidzi)


Dalil Hadith Sahih :

Terdapat sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi SAW bersabda maksudnya :

“Sesungguhnya ALLah memiliki malaikat yang mulia yang sentiasa meronda untuk mengikuti majlis-majlis zikir. Sekiranya mereka menemui satu majlis zikir, maka mereka akan duduk di situ sambil sesama mereka akan membentangkan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang di antara mereka dengan langit dunia, Setelah ahli majlis itu berpisah, maka para malaikat tadi naik ke langit. Lalu Allah bertanya kepada mereka sedangkan Dia Maha Mengetahui :

Dari Mana kamu datang?

Malaikat menjawab : Kami datang dari sisi hamba-hambaMu di dunia yang bertasbih, bertakbir, bertahlil dan memohon kepada Engkau.”

Allah bertanya lagi : Apa yang mereka memohon?

Mereka menjawab : Mereka memohon syurgaMu

Allah bertanya : Apakah mereka pernah melihat syurgaKu?

Mereka menjawab: Tidak, wahai Tuhan

Allah berkata : Maka bagaimanakah sekiranya mereka pernah melihat syurgaKu?

Para Malaikat berkata : Mereka juga meminta dijauhkan kepadaMu

Allah bertanya : Daripada apa yang mereka minta dijauhkan?

Mereka menjawab: Daripada nerakaMu.

Allah bertanya : Adakah mereka pernah melihat nerakaKu?

Mereka menjawab : Tidak

Allah berkata : Bagaimanakah kalau mereka pernah melihat nerakaKu?

Para malaikat memberitahu lagi : Mereka juga beristighfar kepada Engkau.

Allah berkata : Aku telah mengampuni mereka dan Aku berikan kepada mereka apa yang mereka minta dan menjauhkan mereka daripada apa yang mereka minta jauhkan.

Para malaikat berkata lagi : Ya Tuhan, di kalangan mereka ada seorang hamba yang bersalah. Dia melintasi majlis mereka lalu duduk bersama mereka.

Allah berkata : Aku telah ampuninya, mereka adalah kaum yang tidak merugikan sesiapa yang duduk bersama mereka.”

Insyallah, semoga ianya bermanfaat untuk kita semua. Bermuhasabah satu saat pun sudah banyak ganjarannya apatah lagi mendenar takirah, ceramah, zikir, istighfar dan sebagainya . Mari kita menjadi lebih baik dari hari ke hari. Amin.

Thursday, January 10, 2013

Kalau Suatu Hari....

Kalau Suatu Hari....

KALAU SUATU HARI AWAK NAK MENANGIS, BAGITAU SAYA………

SAYA TAK JANJI NAK BUAT AWAK TERSENYUM, TAPI SAYA BOLEH MENANGIS BERSAMA AWAK……


KALAU SUATU HARI AWAK ADA MASALAH, BAGITAU SAYA………

SAYA TAK JANJI NAK BAGI AWAK PENYELESAIANNYA, TAPI AWAK BOLEH KONGSI DENGAN SAYA………………..


KALAU SUATU HARI AWAK MAHU BERJALAN PERGI, BAGITAU SAYA…….

SAYA TAK JANJI UNTUK HALANG AWAK PERGI, TAPI SAYA BOLEH BERJALAN BERSAMA AWAK……


KALAU SUATU HARI AWAK PERLUKAN SESEORANG UNTUKMENDENGAR CERITA AWAK, BAGITAU SAYA……

SAYA JANJI AKAN SENTIASA ADA UNTUK AWAK…….


TAPI, KALAU SATU HARI AWAKPERLUKAN SAYA DAN SAYA SuDAH TIADA…….

MUNGKIN KERANA SAYA SUDAH PERGI……….

TAPI AWAK TETAP DI HATI.. SAMPAI BILA2… :)

Coretan Hati: Ya ALLAH...

Ya ALLAH... Bilamana hamba masih mengingati si dia yang bukan milik hamba,maka bantulah hamba untuk hamba melupakan dirinya..

Andai ada kenangan antara kami yang mengikat diri, maka lupuskanlah ia dari ingatan hamba..

Biarkan aku jauh dari dirinya, dan ikatlah diri hamba ini untuk terus setia dengan kasih-Mu..
Hilangkan bayangan dia dari ingatan hamba Ya Allah, dan payungilah hamba dengan rahmat-Mu,.

Perindahkanlah lisan hamba ini untuk terus berzikir.
menyebut Asma-Mu..agar hamba sentiasa selamat dengan CiNTA-MU..Aamiin ya Rabbal'Alamin..

"Ya Allah, perbaikilah agamaku yang merupakan sandaran segala urusanku.Dan perbaikilah urusan duniaku yang merupakan tempat tinggalku, dan perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku..dan jadikanlah kehidupanku sebagai tambahan bagi kebaikanku dan kematianku sebagai tempat istirahat dari segala kejelekanku” (HR Muslim).

Sunday, January 6, 2013

7 Langkah Mencapai Mukmin Profesional

1- Menentukan arah hidup.

Hidayah adalah petunjuk daripada Allah SWT buat manusia dalam pengembaraannya yang panjang.

2- Menetapkan tujuan hidup.

Ibadah adalah misi hidup yang menjadi penjamin untuk mencapai ” Visi Hidup ” di dunia dan Akhirat ; tujuan dan keperluan; juga material dan kerohanian.

3- Mengikut jalan Islam.

Agama Islam adalah jalan yang lurus dan tulus menuju Allah SWT. Kebahagiaan bukan hanya di hujung jalan, tetapi di sepanjang jalan.

4- Menyediakan bekalan hidup.

Solat adalah silah- Hubungan yang menjadi Energi, hati, emosi, akal dan fizikal dalam kehidupan.

5- Memiliki pendorong hidup.

Zikrullah adalah syarat bahagia bila rasa kehambaan dan rasa bertuhan dapat dihayati semasa menimba Hikmah tersirat disebalik ujian.

6- Mengatsi halangan hidup.

Dosa adalah belenggu penjerat jiwa yang menjanjikan resah dan lemah. Taubat adalah wadah kemerdekaan untuk menuju Allah SWT.

7- Menghadapi kesudahan hidup.

Mati bukanlah satu pengakhiran, tetapi satu permulaan kepada satu perjalanan yang tidak akan berakhir. Ia petanda awal… sama ada akan bahagia atau derita, selamanya!.

Rujukan :

Mukmin Profesional . M/S : 100.

Maksud surah A-Nahli, ayat : 97.

” Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik[839] dan Sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang Telah mereka kerjakan.”

[839] Ditekankan dalam ayat Ini bahwa laki-laki dan perempuan dalam Islam mendapat pahala yang sama dan bahwa amal saleh harus disertai iman.

http://www.ebnmaryam.com/vb/t181743.html

Pluralisme Dan Liberalisme: Bahaya Budaya 'Pak Turut'


Mutakhir, isu Pluralisme dan Liberalisme menjadi perdebatan hangat pelbagai pihak. Pluralisme dan Liberalisme, seperti irama dan lagu yang saling kait-mengait antara satu sama lain, kini menjadi persoalan hangat kerana kaitannya dengan masalah kebebasan beragama.
Bernama mewawancara Md. Asham Ahmad, Felo Kanan, Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik (SYARAK), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) baru-baru ini untuk sedikit sebanyak merungkai isu Pluralisme dan Liberalisme.
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- "Pluralisme adalah suatu ideologi atau fahaman yang mengisbatkan kepelbagaian hakikat, yang semuanya dianggap setara, sama benar, sama sah."
Md Asham Ahmad, Felo Kanan, Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik (SYARAK), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) memulakan perbicaraan beliau dengan penulis.
"Prinsip ini menganjurkan agar pandangan semua pihak, bangsa atau puak, semuanya mesti diterima sebagai setaraf, tiada yang lebih benar atau kurang benar, kalau kita hendak hidup aman," ujar beliau lagi dalam wawancara dengan Bernama di IKIM baru-baru ini.

SEJARAH PLURALISME
Menurut beliau, pluralisme berakar umbi di Eropah rentetan tercetusnya peperangan agama yang berlarutan lebih 100 tahun antara pengikut Protestan dan Katolik pada Zaman Pertengahan.
Tambahnya, sejarah tidak bertoleransi terhadap agama di Eropah ini penuh dengan kisah penindasan serta penganiayaan terhadap golongan yang menentang agama Kristian Katolik.
Hasilnya lahirlah pergerakan Reformasi dan munculnya fahaman liberalisme, iaitu suatu ideologi sekular yang berusaha membebaskan kehidupan akhlakiah dan politik daripada kawalan agama, yang dianggap sebagai punca kepada segala masalah yang membelenggu pemikiran zaman sebelumnya.
Felo kanan IKIM ini menjelaskan, perkara paling asas yang dianjurkan oleh fahaman liberalisme ialah toleransi terhadap pelbagai pandangan, khususnya mengenai agama.
"Bagi mereka, berdasarkan pengalaman hidup yang lepas, agama hanya mendatangkan konflik serta pertentangan yang berterusan, dan sampai bila-bilapun tidak akan selesai.
"Jalan penyelesaian yang mudah adalah dengan menerima sahaja semua pandangan sebagai sama benar atau sama sah bagi memuaskan hati semua pihak," jelas Md Asham lagi.

KONGKONGAN AGAMA
Felo kanan IKIM itu mengingatkan bahawa pejuang-pejuang fahaman liberalisme dan pluralisme adalah golongan berfikiran sekular, yang percaya bahawa kehidupan yang lebih baik akan tercapai apabila manusia dibebaskan daripada kongkongan agama.
"Bagi mereka satu-satunya jalan ke arah kemajuan ialah dengan membebaskan diri daripada kongkongan agama. Lama kelamaan agama itu akhirnya ditolak sama sekali daripada kehidupan.
"Seseorang yang liberal ialah yang berpandangan bahawa agama itu hanya menyebabkan manusia itu berfikiran tertutup, jadi jumud, satu arah sahaja," katanya.
Menurut Md Asham, agama kepada tanggapan golongan Liberal, adalah musuh kepada kebebasan dan kemodenan.

DUNIA ISLAM
Berbeza dengan pengalaman sejarah bangsa Eropah yang membawa kepada kemunculan ideologi Pluralisme dan Liberalisme, Md Asham menjelaskan, orang Islam tidak melalui sejarah yang sama dalam soal kehidupan beragama.
Jika pendokong dan pejuang pluralisme dan liberalisme beranggapan agama sebagai pengongkong kebebasan, orang Islam melihat agama Islam sebagai pembebas jiwa dan raga mereka.
Bagi mereka agama Islam membuka fikiran dan membebaskan penganutnya daripada kepercayaan tahyul dan karut-marut, kejahilan dan cara hidup purbakala yang menindas manusia.
Oleh yang demikian, menurut Md Asham, tidak timbul soal 'meliberalkan Islam' dan untuk umat Islam 'membebaskan' diri daripada Islam.
"Yang kita perlu lakukan ialah membebaskan manusia daripada kejahilan dan kekeliruan yang membelenggu pemikiran dan amalan hidup kita. Amat besar sekali perbezaan antara dasar-dasar agama yang dianjurkan oleh Islam dengan apa yang difahami dalam pengalaman hidup orang Barat. Oleh itu, kita tidak perlulah mengambil masalah mereka dan menjadikannya masalah kita.
"Mereka memang bermasalah dengan agama mereka, sedangkan kita pula tidak bermasalah dengan agama kita.
"Jika kita tidak faham akan perbezaan asasi yang terkandung dalam sejarah dan falsafah, yang membawa kepada perbezaan kebudayaan dan tamadun ini, maka kita akan menyangka masalah orang lain adalah juga masalah kita dan penyelesaian mereka juga adalah penyelesaian kepada masalah kita," jelas Md Asham.

DUNIA TANPA SEMPADAN
Mutakhir isu-isu pluralisme dan liberalisme rancak dibincang, diulas dan didebat dalam kalangan masyarakat negara ini.
Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) memungkinkan penyebaran penulisan tentang isu-isu berkaitan, terutama dalam alam siber menerusi blog, facebook, dan pelbagai laman sesawang.
Bagi Md Asham, dunia tanpa sempadan yang terhasil dengan kemajuan ICT menjadikan masyarakat lebih terdedah kepada kerencaman pandangan.
Tidak menghairankan juga jika ada yang sekadar menjadi 'pak turut' terutama mereka yang mendapat pendidikan di Barat, dan yang terdidik dengan cara berfikir anjuran Barat.
"Bagi mereka yang baru terdedah kepada isu-isu ini, mereka terasa teruja dan mahu sama menuntut kebebasan itu dan ini.
"Tetapi mereka tidak benar-benar faham kebebasan apa yang mereka hendak tuntut. Bebas daripada apa dan untuk buat apa?
"Adakah selama ini kita tidak bebas? " soal Felo Kanan IKIM ini.

KEBEBASAN ANJURAN BARAT
Kebebasan, dalam konteks Barat ialah bebas daripada kongkongan fikiran yang lama kepada fikiran moden.
Md Asham menjelaskan bahawa kebebasan acuan Barat ialah kebebasan yang tidak mengenal batas.
Bermula dengan kebebasan beragama, membawa kepada kebebasan dari agama (yakni keluar agama). Dalam soal perkahwinan pula, kebebasan yang mereka anjurkan adalah yang tidak mengira perbezaan agama, membawa kepada perkahwinan tanpa mengira jantina (perkahwinan sejenis), dan tidak mustahil kelak perkahwinan berlainan spesis (antara manusia dan haiwan) juga akan dituntut demi kebebasan.
"Apabila agama ditolak, prinsip moral, prinsip akhlak itu sendiri tidak ada dasar, tidak ada asas. Maka segala-galanya mungkin, semuanya jadi boleh.
"Contohnya, institusi perkahwinan yang asasnya adalah agama, kemudian dirosakkan asas itu. Akibatnya perkahwinan tidak ada lagi justifikasi, dan ramai yang memilih untuk hidup bersama tanpa berkahwin, atas dasar kebebasan.
"Bagi yang nak berkahwin pula, terserahlah dia nak kahwin dengan siapa. Tak kira agama. Protestan, Katolik, tidak timbul masalah.
"Akhirnya, agama itu sendiri tidak jadi masalah, kamu ada agama, kamu tak ada agama, tak jadi masalah.
"Kemudian bertambah longgar, kahwin sesama jenis pun tak mengapa sebab tak ada hukum-hakam. Tak ada peraturan-peraturan tetap," kata Md Asham.
Semuanya itu, kata beliau, berlandaskan kepada apa yang mereka fahami sebagai hak asasi manusia. "Semua mesti diberikan hak, hak yang sama. Kita semua manusia dan semua manusia memiliki hak yang sama," tambah beliau.

KEMUSNAHAN PERADABAN
Masyarakat negara ini berdepan dengan kerancakan pengaruh pluralisme dan liberalisme.
Menurut Md Asham, apa yang dilihat berlaku di Barat sewajarnya sudah cukup dijadikan sebagai pengajaran.
"Kalau kita berterusan mengikut jejak langkah mereka, lambat laun kita juga akan mengalami apa yang mereka alami sekarang.
"Akibatnya musnah sistem kehidupan, peradaban, institusi keluarga dan institusi kemasyarakatan," tegas beliau.
Dewasa ini kita menyaksikan berlaku keruntuhan akhlak yang semakin menular dalam masyarakat yang meliputi bukan sahaja generasi muda tetapi juga yang tua.
Md Asham melihat keruntuhan akhlak berlaku apabila ia tidak disandarkan kepada asas yang kukuh iaitu agama dan ia juga boleh menjurus kepada keruntuhan tamadun.
"Dalam amalan sekarang akhlak itu sudah menjadi hak peribadi semata-mata sedangkan menurut ajaran Islam, tidak ada apa yang boleh dipisahkan daripada agama.
"Segala-galanya, hidup dan mati kita, seluruh kehidupan kita dipandukan oleh panduan wahyu, panduan agama, panduan Al Quran dan panduan sunnah Nabi," tegasnya.

MUSLIM PERLU PENDIDIKAN SEMULA
Sebelum retak menjadi belah, Md Asham berpandangan langkah yang tersusun perlu diambil dalam menangani penularan faham pluralisme dan liberalisme terutama dalam masyarakat Islam.
Kemelut yang berpunca daripada kekeliruan pemikiran ini hanya boleh ditangani dengan berkesan melalui kaedah pendidikan yang betul dan terancang.
Pendidikan yang dimaksudkan Felo Kanan IKIM ini adalah yang berasaskan kepada akidah dan fardhu ain.
"Ilmu fardhu ain perlu diajar dengan betul dan mencukupi bagi menangani persoalan pemikiran semasa supaya orang Islam tidak mudah hilang makna diri.
"Ia bukan setakat persoalan akidah, Rukun Iman dan Rukun Islam yang diajar secara sambil lewa sedangkan kita berhadapan dengan serangan pemikiran yang begitu dahsyat dan menyeluruh," kata Md Asham.
Beliau merujuk kepada pengajaran ilmu fardhu ain yang diterima masyarakat hanya pada peringkat sekolah rendah yang disifatkannya hanya diajar secara sepintas lalu sedangkan ia memerlukan penjelasan lebih lanjut dan mendalam di peringkat pengajian tinggi.
Ilmu fardhu ain, katanya, adalah suatu yang bersifat dinamik dan ia bukan hanya layak diajar untuk budak sekolah rendah.
Sebaliknya ia perlu diteruskan dan diperkukuhkan sehingga ke peringkat universiti kerana pada peringkat itulah idea-idea asing tentang kebebasan, hak asasi manusia, pluralisme, kepelbagaian budaya, sejarah dan falsafah diajar dan diterapkan tanpa tapisan dan kritikan yang tepat.
"Semuanya ini dimasukkan secara halus sedangkan kebanyakan pelajar tidak menyedarinya dan tidak melihatnya sebagai sesuatu yang bercanggah dengan akidah dan pandangan hidup Islam.
Md Asham turut menekankan bahawa persoalan yang dibangkitkan ini perlu ditangani menerusi gerak kerja yang terancang dan bukan bersifat emosional.
Usaha perlu dibuat untuk memperbetulkan semula kefahaman seluruh umat Islam kerana masalah yang berbangkit bukan sahaja menyentuh masyarakat di negara ini tetapi sudah bersifat global.
"Ini soal pembinaan tamadun. Ia tidak mungkin boleh tercapai tanpa pembinaan asas-asas pemikiran.
"Hanya dengan cara itu barulah terbina tamadun yang mantap, bukan tamadun yang goyah dan tidak kukuh asasnya dan boleh runtuh bila-bila masa sahaja," tegas beliau.
-- BERNAMA

Sumber: www.ikim.gov.my