Saturday, July 24, 2010

KAWAN Yang Dilupakan

Semua orang perlukan kawan dan tidak mampu hidup tanpa kawan. Tanpa kawan, tentu hidup ni seolah tidak sempurna dan kosong. Kawan ibarat tukang besi dan tukang minyak wangi. Apabila berdamping dengan si tukang besi, kita akan terasa panasnya membuat besi tu dan akan melekat serba sedikit kesan panas maupun bau nya. Perkara yang sama apabila berdamping dengan si tukang minyak wangi. Walau tidak beli minyak wangi tu, bau wangi akan tetap melekat pada diri kita.
Kenapa 'kawan' yang dilupakan? Apabila kita mengenali seseorang dan kita cuma berkongsi saat-saat itu sahaja sekadar untuk mengisi masa saja dan tiada keinginan untuk hubungan itu untuk berkembang. Seterusnya, hubungan itu hanya mati di situ sahaja. Hal ini terjadi apabila salah seorang maupun kedua - dua pihak tidak ingin hubungan itu untuk berkembang dan bersambung.
Ramai orang tidak melihat kawan sebagai 1 anugerah. Kenapa anugerah? Dari kawan lah kita mengenal diri kita dan seterusnya membentuk diri kita menjadi apa diri kita. Yang penting, ambillah yang baik dan buang yang tidak. Tiada manusia yang sempurna dan kita takkan mampu jadi sempurna tapi kita boleh jadi yang terbaik. Tak dapat dinafikan akan ada salah faham dan pergaduhan dalam tempoh seseorang tu berkawan tapi kenapa bila nak jernihkan yang keruh, tetap tak mahu jernih sepenuhnya?? Cuma diri masing-masing yang mampu menjawab.
Kita tidak lihat kawan sebagai 1 ukhwah sesama saudara tapi lebih sekadar 'kawan' yang seterusnya dilupakan dan ditinggalkan. Ikhlaskan hati dalam ukhwah sebagai kawan sekalipun. Jika tidak bagaimanalah ukhwah yang baru berkembang sebagai kawan ini ingin bercambah menjadi sahabat dan teman sejati jika beginilah cara sebuah ukhwah dilayan??? Kepada semua kawan-kawanku, sama-samalah kita berusaha membentuk diri kita menjadi insan lebih baik. Kita tidak tahu bila Dia akam memanggil kita kembali, jadi hargailah apa kita ada, baik keluarga maupun kawan-kawan. Seandainya ada khilaf mana-mana, dimohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Moga ukhwah ini akan terus berkembang dan janganlah ukhwah yang terjalin selama ini terputus.

No comments:

Post a Comment