Monday, February 24, 2014

Filem Menarik ~ OST Superstars - Touch My Heart


Filem Thailand ini mengisahkan tentang persahabatan 2 pemuda yang bernama Teung dan Tong . Yang unik adalah kedua pemuda itu mempunyai kekurangan dan kelebihan yang saling melengkapi . Teung mempunyai suara yang merdu dan pandai mencipta lagu tetapi wajahnya biasa saja , bertubuh pendek dan gendut . Sedangkan Tong sebaliknya iaitu berwajah tampan , badan atlit dan pandai menari tetapi suaranya tidak sedap , kecil dan garau seperti itik makan kapur .

Mereka berdua menyedari kelebihan dan kekurangan masing - masing maka sejak masih anak - anak , mereka berdua sering bernyanyi bersama dengan menggunakan trick lip sync iaitu Teung bernyanyi sedangkan Tong hanya menari sambil menggerak - gerakkan bibir sehingga seolah - olah Tong yang menyanyi .

Suatu ketika 2 sahabat itu sama - sama mengalami nasib malang . Mereka dipecat dari pekerjaannya dan menganggur . Tetapi disaat menyedihkan itu , Teung berjaya mencipta sebuah lagu yang indah berjudul Touch My Heart . Teung menyanyikan sendiri lagu itu kemudian merakamnya . Rakaman itu diperlihatkan kepada Tong .

Tong sangat teruja dengan lagu baru Teung itu dan kemudian secara diam - diam Tong membuat rakaman video dirinya menyanyikan lagu Touch My Heart dengan trick lip sync sehingga seolah - olah Tong sendiri yang menyanyikan lagu itu padahal suara yang dipakai adalah suara Teung .

Secara diam - diam juga Tong menyerahkan rakaman video itu kepada sebuah syarikat rakaman yang hampir bankrup bernama Double Team .
Lagu Touch My Heart yang indah ditunjang dengan wajah Tong yang kacak dan suara yang merdu ( padahal itu adalah suaranya Teung ) tentu saja menarik perhatian syarikat rakaman Double Team yang dikendalikan oleh dua wanita bernama Ngeg dan Salee , maka mereka akan menawarkan kontrak rakaman kepada Tong .

Sebenarnya ketika Tong dan Teung datang ke pejabat Double Team , trick lip sync mereka diketahui oleh Ngeg dan Salee tetapi Ngeg dan Salee tetap melihat peluang bisnes yang luar biasa maka mereka tetap menawarkan kontrak rakaman kepada Tong dan Teung dengan tetap mempertahankan helah lip Sync .

Pada awalnya Tong dan Teung menolak helah lip sync yang jelas - jelas menipu masyarakat itu tetapi kerana sedang benar - benar memerlukan wang , mereka berdua akhirnya menerima tawaran Ngeg dan Salee itu .
Ternyata naluri perniagaan Ngeg dan Salee benar , ketika lagu Touch My Heart dikeluarkan , lagu itu terus sukses besar . Tong yang menggunakan nama Tong Lee Hei menjadi superstar .

Selain Teung , Ngeg dan Salee ada satu orang lagi yang mengetahui rahsia tipuan lip sync itu iaitu seorang gadis bernama Kaew , siapakah dia ? Kaew adalah kekasih Tong dan Kaew sepakat untuk tidak membocorkan rahsia itu .
Suatu ketika terjadi musibah yang membawa berkah bagi Tong iaitu ketika Tong dan keuw sedang berduaan , mereka terkena hujan yang sangat lebat sehingga Tong terkena Flu . Tetapi kerana Flu itu , suara Tong menjadi normal dan tidak jelek lagi seperti itik .
Akibatnya sekarang , Tong boleh bernyanyi tanpa perlu memakai helah lip sync yang harus melibatkan Teung itu . Sekarang Tong sudah tidak lagi memerlukan Teung .

Teung sebenarnya rela sahabatnya sekarang berjaya menjadi superstar biarpun semua itu berkat jasanya . Tetapi ada satu hal yang membuat Teung merasa sangat marah kepada Tong kerana kepada masyarakat Tong mengaku bahawa lagu Touch My Heart yang indah itu adalah hasil ciptaannya sendiri dan bukan hasil karya Teung . Teung sangat marah kepada Tong dan pergi meninggalkannya .

Tetapi bagaimanapun juga persahabatan sejati tetap boleh mengatasi segalanya , berkat usaha keras Tong yang dibantu Kaew , Teung akhirnya bersedia memberi maaf dan mereka berdua boleh bersatu kembali .
Bagaimanakah usaha Tong meluluhkan hati Teung ? Saya persilahkan untuk menonton sendiri filem yang mengharukan ini .

Lirik - Touch My Heart (sentuh hatiku) :


Pernahkah kau merasa begitu kesepian
Kerena merindukan seseorang
Pernahkah kau jatuh cinta pada seseorang
Tetapi yang mampu kau lakukan hanya menyimpannya dalam hati
Tapi ada satu perkara
Yang aku ingin kau lakukan
Sentuh hatiku, sentuh hatiku
Dapatkah kau rasakan
Sentuh hatiku, sentuh hatiku
Tidakkah kau tahu
Bahawa aku mencintaimu lebih dari apapun 




No comments:

Post a Comment