Monday, March 3, 2014

Kisah Saidina Umar R.A dan Seorang Anak Derhaka



Seringkali kita mendengar anak-anak 
sekarang makin ramai yang derhaka kepada ibubapa. TAPI pernahkah kita sebagai Ibubapa mengkaji dan merenung sejenak KENAPA anak-anak pada hari ini semakin nakal, jahat dan menderhakai kepada ibubapa mereka? Apabila anak derhaka kepada ibubapa kita bising tetapi adakah kita telah mendidik anak-anak kita dengan betul? Memberikan didikan agama yang cukup?

ATAU MUNGKIN KITA TERLEBIH DAHULU DERHAKA KEPADA ANAK-ANAK?

Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya.

Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).”

Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran.
Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruk dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.” Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.

Pada hakikatnya, hari ini lebih ramai ibubapa yang terlebih dahulu menderhaka kepada anak-anak. Dengan didikan agama tidak diberi secukupnya kepada anak-anak maka lahirlah genarasi tidak bertamadun zaman moden yang ada pada hari ini. Jadi, didiklah anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi. Ikutilah cara didikan Rasullullah s.a.w, jadikan baginda ROLE MODEL ibu bapa contoh. Semoga generasi pewaris kita hidup dalam jalan yang diredhai oleh yang Maha Esa.

1 comment: